awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Ahmad Zahid sertai solat jenazah Ab Rahman

Bernama
Bernama
02/04/2017
12:00 MYT
TPM Ahmad Zahid sertai solat jenazah Ab Rahman
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaminkan doa selepas solat jenazah ke atas Ketua Polis Kelantan Allahyarham Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai solat jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira 6.30 petang di masjid berkenaan dan menunaikan solat jenazah bersama kira-kira 100 anggota polis dan anggota keluarga Allahyarham.
Solat jenazah diimamkan Imam Besar Masjid Bukit Aman Supt Ghazali Daud dan turut disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Zulkifli Abdullah.
Jenazah yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 5.30 petang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.
Allahyarham Ab Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini hari ini akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Che Nat Hassan dan tujuh orang anak.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ab Rahman
#IJN
#Ketua Polis Kelantan
#meninggal dunia
#sakit jantung
#solat jenazah
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan