awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah tiba di Busan, ketuai delegasi Malaysia ke APEC EMM15

Bernama
Bernama
25/08/2025
12:55 MYT
TPM Fadillah tiba di Busan, ketuai delegasi Malaysia ke APEC EMM15
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan pada Isnin, 4.45 petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15). - Foto Facebook Fadillah Yusof
BUSAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan pada Isnin, 4.45 petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15).
Ketibaan Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid.
Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Mareena Mahpudz turut serta dalam delegasi itu.
Fadillah berada di Busan sehingga 29 Ogos sempena mesyuarat berkenaan serta beberapa lawatan kerja.
APEC EMM merupakan mesyuarat peringkat menteri di bawah kerangka APEC dan kesinambungan daripada sesi terdahulu yang berlangsung di Lima, Peru tahun lepas.
Antara agenda utama mesyuarat adalah perbincangan mengenai dasar dan inisiatif sektor tenaga selain usaha menggalakkan kerjasama serta pelaburan dalam kalangan ekonomi APEC.
Korea Selatan menjadi tuan rumah pada edisi kali ini, dengan tema mesyuarat "Accelerating Sustainable, Affordable, Reliable, Secure and Innovative Energy for a Prosperous Future."
Hasil mesyuarat akan dimuktamadkan melalui satu Kenyataan Bersama Menteri-Menteri Tenaga APEC (JMS).
Fadillah turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Korea Selatan, Hong Kong, China, New Zealand dan Brunei bagi memperluas jaringan kerjasama dalam bidang tenaga, khususnya yang menyokong agenda peralihan tenaga negara.
Di samping itu, beliau juga akan mengadakan lawatan kerja ke Korea Hydro and Nuclear Power (KHNP), Saeul Nuclear Power Plant dan Doosan Enerbility, serta kunjungan ke Gangbyeon Wastewater Treatment Plant di Busan.
Fadillah turut dijangka menghadiri sesi ramah mesra bersama diaspora Malaysia di bandar raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
#tiba di Busan
#APEC EMM15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan