awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM mahu agensi kawal selia sempadan negara beroperasi segera

Bernama
Bernama
16/01/2024
14:26 MYT
TPM mahu agensi kawal selia sempadan negara beroperasi segera
Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa jua perkara termasuk isu berkaitan kehadiran pelarian dan pemohon suaka yang sentiasa berada dalam radar kerajaan untuk ditangani. - Gambar FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu agensi tunggal yang mengawal selia sempadan negara iaitu Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA) dapat beroperasi dengan segera demi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
Beliau berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa jua perkara termasuk isu berkaitan kehadiran pelarian dan pemohon suaka yang sentiasa berada dalam radar kerajaan untuk ditangani.
" ...soal keselamatan negara kita tidak boleh dikompromikan dan dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
"Saya menggesa semua entiti kerajaan untuk melaksanakan penyelarasan dan penyesuaian terhadap mekanisme perundangan sedia ada agar terus dipatuhi oleh semua yang berada di negara ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Perkara itu antara inti pati Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, mesyuarat itu diadakan antara lain bagi meneliti keputusan serta mengemas kini pelaksanaan gerak kerja oleh kementerian, jabatan dan agensi utama yang terlibat mengenai pelarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCBA
#Facebook
#agensi tunggal
#mengutamakan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan