Skip to main content

Malaysia

TPM mahu jawatankuasa petugas ditubuh siasat punca nahas di Genting Highlands

81356595442_295x200.jpg
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa segera menubuhkan jawatankuasa petugas bagi menyiasat kemalangan bas di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa hari ini.

Bercakap kepada wartawan Malaysia ketika tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari bermula esok, beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menubuhkan jawatankuasa petugas bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah sewajarnya diambil bagi mengelak kejadian seperti itu tidak berulang di masa depan.

Beliau mengharapkan tindakan segera kerana jalan tersebut digunakan sepanjang masa oleh orang ramai termasuk pelancong.

Beliau berkata kemalangan seperti itu pernah terjadi sebelum ini tetapi tidak seteruk ini.

"Ia adalah sesuatu yang agak dahsyat," kata beliau yang menyatakan  dukacita dan sedih dengan kejadian itu.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Advertisement

Must Watch Video