Skip to main content

Malaysia

TPM pesan 'jangan cuba tunjuk kuat'

81357655870_295x200.jpg
81357655870_295x200.jpg

Advertisement

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak tertentu supaya tidak cuba 'menunjuk kuat' dengan mengheret rakyat menyertai perhimpunan bertujuan menentang sistem keadilan yang didukung sekian lama demi kepentingan peribadi individu tertentu.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian mungkin dibuat bagi mempengaruhi tindakan mahkamah ke atas individu berkenaan kerana jelas perhimpunan itu tidak bersifat nasional dan lebih kepada soal peribadi yang mengandungi muslihat tertentu.

Beberapa pihak dilaporkan menentang perhimpunan itu selain mendesak ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tujuan ia diadakan kerana secara kebetulan ia berlangsung beberapa hari sebelum Shamsidar Taharin, iaitu isteri kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, menjadi saksi perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Anwar.

Muhyiddin berkata sepatutnya pihak berkenaan menyerahkan hal itu kepada mahkamah tanpa perlu menagih simpati rakyat kerana jika mahkamah berpendapat wujud keperluan individu berkenaan dipanggil memberi keterangan, keputusan itu hendaklah diterima dan dihormati.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK), pemimpin tempatan, anggota majlis pihak berkuasa tempatan dan JKKK Kampung Baru.

Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Must Watch Video

Advertisement