Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pengislahan Radikalisme dan Ekstremisme' dalam pertemuan dengan para sarjana dan jemputan khas di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Oxford University, United Kingdom (UK) pada Rabu.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata ucaptama di Oxford University itu akan menjadi fokus utama lawatan kerja lima hari Ahmad Zahid ke negara ini, yang bermula Isnin.
"Lawatan kali ini, yang kedua oleh Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, menjadi lebih signifikan kerana beliau telah dijemput berucap di pusat itu sebagaimana beberapa pemimpin dunia lain, termasuk para pemimpin dari Malaysia sebelum ini, untuk berkongsi pandangan mengenai sesuatu topik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata Ahmad Zahid juga akan mencatat sejarah sebagai tokoh pertama yang akan berucap di auditorium yang baru siap dibina di OCIS itu, di mana Malaysia turut menyumbang RM12 juta bagi pembinaannya, terutama bagi ukiran kayu untuk hiasan dalamannya.
Di samping itu, kata Ahmad Rasidi, Malaysia juga menyumbang 10 juta Pound bagi membantu menyiapkan pembinaan bangunan OCIS.
Semasa lawatan beliau, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri UK yang baru dilantik, Amber Rudd, pada Selasa bagi membincangkan isu berkaitan hal ehwal dalam negeri, termasuk imigresen dan visa pelajar.
"Timbalan perdana menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa syarikat UK, termasuk Digital Barriers dan Thales UK bagi membincangkan peluang yang boleh diterokai.
"Dengan Thales UK, perbincangan akan berkisar tentang sokongan Malaysia terhadap UK dalam perkara berkaitan maritim dan sempadan," katanya.
Digital Barriers adalah peneraju dunia bagi penyelesaian pintar visual bagi pemantauan, keselamatan dan jaminan pasaran global, yang mempunyai kepakaran dalam 'zero-latency streaming' serta video keselamatan dan risikan berkaitan melalui rangkaian wayarles, termasuk selular, satelit, IP mesh dan cloud.
Ahmad Rasidi berkata timbalan perdana menteri juga dijadual menghadiri majlis makan malam bersama kapten industri UK pada Isnin dan menyertai perbincangan meja bulat di Chatham House dengan All Party Parliamentary Group for Malaysia (APPG) pada Selasa.
Di samping itu, beliau dijadual melawat sebuah kilang dan mengadakan pertemuan dengan UK Space Agency/ Airbus di Stevenage pada Rabu.
Timbalan perdana menteri juga akan menghadiri mjlis makan malam bersama Diaspora Malaysia pada Selasa, yang dijangka dihadiri kira-kira 400 rakyat Malaysia.
Dianggarkan, 73,000 rakyat Malaysia kini tinggal dan bekerja di UK, manakala 17,631 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di pelbagai peringkat di institusi pengajian tinggi UK bagi tahun 2015-2016. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
Ucaptama itu akan menjadi fokus utama lawatan kerja lima hari Ahmad Zahid ke Britain, yang bermula Isnin. - www.ox.ac.uk
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tinjauan data tidak tunjuk bukti risiko darah beku - AstraZeneca
AstraZeneca menyatakan tinjauan data keselamatan individu penerimaan vaksin COVID-19 buatannya menunjukkan tiada sebarang bukti yang meningkatkan risiko pembekuan darah.
UK luluskan pembelian 90 juta lagi dos vaksin COVID-19
Kerajaan UK telah meluluskan pembelian 90 juta lagi dos vaksin COVID-19 oleh syarikat Janssen dan Novavax.
UK tandatangani perjanjian perlesenan, penghasilan 100 juta dos vaksin COVID-19
Jika berjaya, 30 juta dos akan diberikan kepada UK seperti yang tertakluk dalam perjanjian itu.
Roger Bannister, first four-minute miler, dies aged 88
Roger Bannister, who has died aged 88, will live forever in the annals of athletics history as the first man to run a mile in under four minutes.