Malaysia akan terus komited untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara lain yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sama ada perjanjian itu akan dilaksanakan atau sebaliknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun negara yang terlibat dalam TPPA menyedari pandangan yang disuarakan oleh Donald Trump, yang dipilih sebagai Presiden, masih telalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenainya, sebelum beliau (Trump) memulakan tugas.
Dalam kedudukan semasa, TPPA tidak boleh dilaksanakan tanpa pembabitan AS, katanya semasa ditanya reaksi Malaysia jika AS gagal mengesahkan TPPA dan sama ada Malaysia akan bersetuju untuk merundingkannya semula.
"Oleh itu, ia bukan persoalan sama ada atau tidak Malaysia - atau negara lain - masih boleh meneruskan dengan pengesahan terbabit.
"Sama ada TPPA diteruskan atau tidak, kita terus komited untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dengan AS, dan negara lain yang terlibat," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada Nikkei Asian Review (NAR) dalam jawapan bertulis menjelang lawatan rasmi tiga harinya ke Jepun mulai Selasa.
Lawatan ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya Shinzo Abe.
Mengenai hubungan Malaysia dengan China, terutama pengukuhan hubungan ekonomi dan pertahanan, beliau berkata hubungan dua hala telah mencapai tahap baharu dan trend itu akan berterusan.
"Ini tidak mengejutkan memandangkan China merupakan rakan dagang terbesar kami dengan menyumbang lebih 15 peratus dagangan kami di luar sempadan."
Namun, hubungan Malaysia dengan mana-mana negara tidak membelakangkan hubungan dengan negara lain.
"Dan sejauh mana yang melibatkan Amerika Syarikat, ia merupakan hubungan yang kami utamakan. Sesungguhnya ini dicerminkan menerusi peningkatan hubungan dua hala menerusi perkongsian komprehensif pada 2014," katanya kepada NAR semasa ditanya sama ada Malaysia akan menimbang semula hubungannya dengan AS.
"Kami telah bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, perdagangan, keselamatan dan pertahanan - dan berharap meningkatkan lagi hubungan kami di bawah kepimpinan presiden Trump," kata Najib.
Mengenai landasan kereta api laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, Perdana Menteri berkata Malaysia sangat teruja mengenai projek itu dan komited terhadap proses pemilihan yang kompetitif, objektif dan telus dalam bentuk tender awam bagi mencari sistem kereta api terbaik.
Perkhidmatan projek infrastruktur yang dirancang antara Kuala Lumpur dan Singapura itu merupakan projek infrastruktur terbesar yang pernah dilaksanakan oleh negara kami.
Putrajaya dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian dua hala pada 5 Dis bagi pembangunan HSR, yang dijangkakan mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan negara kepulauan itu dalam tempoh 90 minit.
"Rekod keselamatan, kebolehpercayaan dan kecemerlangan sistem shinkansen (kereta api laju Jepun) memastikan ia boleh menjadi peserta kompetitif dalam proses pembidaan," katanya.
Mengenai tujuan lawatan beliau ke Jepun, Najib berkata selain memperkukuh hubungan dua hala, beliau juga komited untuk meningkatkan aliran masuk perdagangan dan pelaburan, terutama dalam bidang seperti inovasi dan teknologi canggih, kemahiran berteknologi tinggi dan pembangunan perkhidmatan serta tenaga boleh baharu. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016
Datuk Seri Najib Razak berkata, dalam kedudukan semasa, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak boleh dilaksanakan tanpa pembabitan Amerika Syarikat.
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.