awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2024
22:30 MYT
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Nazrul Fazami (dua, kanan) berada di Unit Forensik Hospital Kampar susulan kejadian kepala air meragut nyawa tiga pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya. - Foto Sinar Harian
KAMPAR: Semua aktiviti riadah dan sukan air termasuk rakit arus deras di daerah Kampar dihentikan berkuat kuasa serta-merta sehingga arahan lanjut dari pihak berkuasa.
Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad berkata, keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga nyawa.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar telah memutuskan semua aktiviti riadah dan sukan air 'outdoor' dihentikan buat sementara waktu sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Surat rasmi yang dikeluarkan kepada pengusaha resort dan tapak perkhemahan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Surat rasmi yang dikeluarkan kepada pengusaha resort dan tapak perkhemahan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
"Antara aktiviti yang terlibat adalah 'water rafting' dan 'water tubing' serta sebarang aktiviti melibatkan kawasan sungai di Daerah Kampar," katanya menerusi surat rasmi yang dikeluarkan kepada pengusaha resort dan tapak perkhemahan semalam.
Terdahulu, tiga pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya termasuk seorang wanita maut selepas terlibat dalam aktiviti rakit arus deras di Sungai Jahang dekat Gopeng.
Kesemua mangsa yang merupakan peserta program pengukuhan kerja berpasukan (team building) dipercayai terjatuh selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat kepala air dan lemas dibawa arus deras. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kampar
#kepala air
#Jabatan Kerja Raya
#terkini
#water rafting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan