awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik lancar di semua lebuh raya utama seluruh negara pagi ini

Bernama
Bernama
08/06/2025
01:45 MYT
Trafik lancar di semua lebuh raya utama seluruh negara pagi ini
Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara lancar setakat 9 pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.
"Keadaan ini berikutan orang ramai masih belum pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti dan menyambut Aidiladha," katanya di sini, hari ini.
Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini trafik menerusi talian PLUSLine 1-800-88-0000 atau hotline LLM 03- 8738 3098/03-8738 3097, serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.
Sementara itu, di Kelantan, situasi sama turut direkodkan di jalan Gua Musang-Kuala Lipis serta sempadan Kelantan-Terengganu, meskipun terdapat sedikit pertambahan jumlah kenderaan pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Pantai Timur
#Lebuhraya Utara Selatan
#trafik lancar
#Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami