awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik penumpang antarabangsa di KKIA meningkat 28 peratus bagi Jan-Okt 2016

Bernama
Bernama
09/12/2016
06:44 MYT
Trafik penumpang antarabangsa di KKIA meningkat 28 peratus bagi Jan-Okt 2016
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pertumbuhan dua angka itu merupakan hasil daripada penggabungan operasi, yang membolehkan kapasiti lebih besar untuk menampung jumlah penumpang yang lebih tinggi. - Foto: www.etawau.com
Pergerakan trafik penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mencatatkan kadar pertumbuhan 28 peratus antara Januari dan Oktober 2016.
Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pertumbuhan dua angka itu merupakan hasil daripada penggabungan operasi, yang membolehkan kapasiti lebih besar untuk menampung jumlah penumpang yang lebih tinggi.
"Sementara itu, statistik menunjukkan lapangan terbang itu mencatatkan pertumbuhan penumpang domestik dan antarabangsa sebanyak 10 peratus setakat ini tahun ini.
"Pertumbuhan yang kukuh ini disumbangkan oleh prestasi kukuh pelbagai syarikat penerbangan, terutama Kumpulan Air Asia, Jin Air dari Korea Selatan, dan 16 syarikat penerbangan lain yang beroperasi di KKIA," katanya.
Beliau berkata Lembaga Pelancongan Sabah melaporkan ketibaan 2.5 juta pelawat domestik dan antarabangsa ke Sabah dalam tempoh Januari hingga September 2016, meningkat 5.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
MAHB berkata KKIA mengendalikan purata 180 penerbangan dan kira-kira 18,000 penumpang sehari, namun pada musim cuti akan datang, lapangan terbang itu menjangkakan mengurus kira-kira 20,000 penumpang sehari. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#Malaysia Airports
#trafik penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan