Seorang penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 329 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, awal pagi Rabu.
Kemalangan turut menyebabkan kedua-dua kenderaan musnah terbakar.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 12.03 pagi.
“Kemusnahan pada kenderaan pacuan empat roda itu adalah 75 peratus manakala motosikal terbakar 90 peratus,” katanya di sini.
Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Tapah oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Operasi yang diketuai Pegawsi Bomba Kanan II Saiful Hanif tamat pada 1.41 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 05 2019

Kenderaan pacuan empat roda itu 75 peratus terbakar manakala motosikal terbakar 90 peratus. - Foto ihsan JBPM

Sukan Komanwel | Prestasi hebat Malaysia menjanjikan tujuh pingat emas
Wartawan Astro ARENA, Fina Nasrom yang membuat rangkuman Sukan Komanwel 2022 edisi Birmingham yang menutup tirai pada jam 3 pagi Selasa melaporkan, pingat emas ketujuh yang berjaya dirangkul beregu utama wanita negara Pearly Tan - M.Thinaah selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang juga perlawanan penutup menjadi satu kenangan manis buat kontinjen negara.

Krisis Rusia-Ukraine | Ukraine didakwa bedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine membedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, stesen terbesar di Eropah semalam.

Letupan | Kanak-kanak 4 tahun maut di Thorton Heath
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di selatan London pada Isnin selepas berlakunya letupan di dalam rumah, dipercayai akibat kebocoran gas. Menurut pihak berkuasa, sebuah rumah teres, yang terletak di Thornton Heath itu musnah susulan kejadian letupan yang turut merosakkan harta benda kediaman berhampiran.

Pembukaan Sempadan | Bantuan kemanusiaan kembali memasuki Gaza
Selepas ditutup minggu lalu, Israel kembali membuka pintu sempadan daratnya ke Gaza. Bagaimanapun, pembukaan sempadan tidak dibuat sepenuhnya dan hanya kepada pasukan misi bantuan kemanusiaan sahaja.

Kes Pergaduhan | 9 cedera dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Sembilan orang cedera termasuk seorang wanita dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di Cincinnati pada Ahad.

Protes | Penduduk marah bekalan elektrik terputus
Protes tercetus di bandar Basra Iraq apabila bekalan elektrik terputus ketika negara itu turut berdepan cuaca panas melampau.

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestik.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hospital, beberapa kampung di Baling dilanda banjir, dua PPS dibuka
Hujan lebat tanpa henti lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kampung di daerah Baling dilanda banjir kilat.

APM Kedah bentuk empat platun tambah baik pasukan SAR
Kemahiran anggota yang terlibat dalam empat platun dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui latihan yang diadakan.

APM giat latihan persediaan hadapi bencana
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa menggerakkan latihan sebagai langkah bagi memastikan anggotanya terus bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana.

Banjir 2 kali sejak semalam, penduduk masih bertahan
Banjir yang sudah surut kira-kira jam 4 petang semalam, kembali melanda kawasan itu jam 11 pagi tadi.

Banjir di Baling: Lebih 11 kampung terjejas, 3 PPS dibuka
Pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir di Baling, pada Isnin.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Warga APM beri penghormatan terakhir buat mendiang Cuthbert John Martin
Upacara penghormatan terakhir itu berlangsung bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.

26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut
Sebanyak 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang tadi.

Pengarah APM Melaka meninggal dunia
Mendiang yang berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka selepas rebah secara tiba-tiba di pejabatnya sekitar pukul 8 pagi.

Sungai di daerah Sik catat paras bahaya
Limpahan air meletakkan tiga kampung iaitu Kampung Belimbing, Pekan Sik dan Kampung Kemelong pada kedudukan berjaga-jaga.