awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi balik kampung: Suami isteri maut, kereta langgar tembok pembahagi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2024
04:55 MYT
Tragedi balik kampung: Suami isteri maut, kereta langgar tembok pembahagi jalan
Perjalanan pulang pasangan suami isteri ke kampung halaman bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut. - Foto ihsan PDRM
LIPIS: Perjalanan pulang pasangan suami isteri ke kampung halaman bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Kilometer (KM) 8 Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghala ke Lipis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Nafiah Abdul Wahab, 53, dan penumpangnya, Rofidah Ahmad, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menerima makluman mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.
"Hasil siasatan awal mendapati pasangan berkenaan dalam perjalanan balik daripada Bachok, Kelantan menuju ke kampungnya di Jerantut.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan lalu terbalik.
"Akibatnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Ahad.
Ujar beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sehubungan itu, Ismail memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#tragedi balik kampung
#suami isteri maut
#LTU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan