awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2022
06:49 MYT
Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban
Abdul Aziz Md Hashim berkata, kesemua mereka melibatkan guru penempatan baharu bagi sesi persekolahan akan datang. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tenaga pengajar baharu akan menggantikan sesi pengajaran enam guru yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dua minggu lalu.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur, Abdul Aziz Md Hashim berkata, kesemua mereka melibatkan guru penempatan baharu bagi sesi persekolahan akan datang.
"Kementerian Pendidikan sudah membuat penggantian penempatan baharu dan saya difahamkan kesemua mereka sudah diberikan taklimat meskipun belum melapor diri secara fizikal.
"Mereka sepatutnya tahu peranan walaupun melibatkan pelbagai subjek dan kita berharap mereka akan diberi agihan tugas yang tidak akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis peringatan dan penghormatan anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Guru Besar SJKC Mun Choong, Cheong Kam Yin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada warga sekolah itu.
Beliau turut memberitahu, pihaknya juga berjaya mengumpul RM800,000 untuk disumbangkan kepada semua mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.
Dalam perkembangan sama, Yang Dipertua PIBG SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, selain mengajar, dua daripada enam guru yang terkorban adalah jurulatih badminton dan bola tampar pasukan sekolah.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#pengajaran dan pembelajaran
#Kementerian Pendidikan
#tanah runtuh
#tragedi Batang Kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan