ROMPIN: Suasana pilu menyelubungi pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini, malam ini.
Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan itu jam 7.28 malam selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam.
Terdahulu, jenazah tiba di rumah keluarganya di Muadzam Shah pada jam 6.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Besar Muadzam Shah untuk solat jenazah.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Upacara pengebumian kemudian disempurnakan dengan penuh istiadat ketenteraan dengan keranda membawa jenazah dilitupi Jalur Gemilang dan diusung oleh anggota tentera berpakaian istiadat.
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan bersama pegawai-pegawai kanan TUDM turut hadir memberi penghormatan terakhir.
Selesai pengebumian, Mohd Asghar menyerahkan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham, Nurul 'Izzati Shari, sebagai tanda penghormatan.
Dalam kejadian 10.07 malam Selasa, pesawat Hawk MK108 TUDM terhempas bersama dua juruterbangnya ketika mengadakan latihan penerbangan malam.
Insiden itu menyebabkan Mohamad Affendi terkorban manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar, cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Mohd Zalani Md Atan
Wed Nov 17 2021
Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan itu jam 7.28 malam selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam. - Gambar/ Astro AWANI
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Tragedi Hawk: TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas
Segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.
Tragedi Hawk: Kebajikan keluarga juruterbang diberi perhatian - Hishammuddin
Kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat nahas pesawat Hawk 108 akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).
Tragedi Hawk: Jenazah juruterbang selamat dikebumikan di Muadzam Shah
Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Kapten Mohamad Affendi Bustamy pada Rabu jam 8.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah.
Tragedi Hawk: Kerajaan Negeri P. Pinang sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kepada Juruterbang Operasi 18 Skuadron TUDM, Kapten Nazrin Mohd Nadzri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada Rabu.
Tragedi Hawk: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi
Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pada Rabu merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam insiden pesawat TUDM yang terhempas malam tadi.