BUTTERWORTH: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan selepas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa malam selamat menjalani pembedahan.
Perkara itu dimaklumkan oleh bapa beliau, Mejar (B) Omar Deros, 62, ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Omar, anaknya telah menjalani pembedahan pada pukul 7 petang semalam di Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi merawat kecederaan di bahagian pinggang dan tulang belakang yang berlangsung selama empat jam.
“Untuk makluman anak saya telah menjalani pembedahan pada jam 7 petang dan tamat pada jam 11 malam tadi.
"Dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemerhatian dan pemantauan rapi doktor,” Omar.
[LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Sementara itu, Omar mewakili keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Mohd Fareez.
Dia yang berkesempatan berjumpa Mohd Fareez semalam berkata, anaknya itu berada dalam keadaan stabil namun masih lemah kerana menanggung kesakitan pada bahagian pinggang dan tulang belakang.
"Alhamdulillah, anak saya sudah boleh bercakap sedikit, sudah boleh sebut abah dan mak, tetapi dia masih lemah… tetapi apa pun kami sekeluarga berharap dia cepat sembuh,” kata Omar lagi.
Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa lalu, sebuah pesawat Hawk 108 yang dikendalikan Mohd Fareez dan Kapten Mohamad Affendi Bustamy terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.
Insiden itu menyebabkan Mohamad Affendi terkorban manakala Mohd Fareez mengalami kecederaan.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.
Jenazah Allahyarham Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang, semalam.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Nov 18 2021

Mejar Mohd Fareez Omar kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya untuk pemerhatian dan pemantauan rapi oleh doktor.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden

Sindiket Dadah | Tonton YouTube untuk belajar proses pembuatan dadah
Polis Serdang berjaya mengesan sindiket memproses dadah yang dipelajari menerusi YouTube. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata sindiket itu bergiat aktif di sebuah kilang dekat Seri Kembangan didalangi seorang lelaki berusia 44 tahun.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.
![[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan [TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007667/24992726401675322032966_640x360.jpg)
[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.
![[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet [TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007666/24992726361675321328696_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet
Ikuti sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.

PN lancar Kabinet bayangan
Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai Kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

KPDN Sabah catat kompaun RM20,700 sepanjang Januari
Kesemua kes itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tragedi Hawk: Mejar Mohd Fareez selesai jalani pembedahan
Mohd Fareez kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya untuk pemerhatian dan pemantauan rapi oleh doktor.

Tragedi Hawk: Dua juruterbang sempat keluar guna kerusi anjal, polis klasifikasi kematian mengejut
Polis mengklasifikasikan kematian sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan terperinci berhubung insiden masih dijalankan.

Penggantungan pesawat Hawk 108 bergantung hasil siasatan - Hishammuddin
Selagi mampu berfungsi dengan baik, pesawat berkenaan akan terus digunakan, kata Hishammuddin.

Jenazah Kapten Mohamad Affendi disemadikan di Muadzam Shah, Pahang
Proses pengecaman jenazah dilakukan isteri Mohamad Affendi, Nurul Izati Shari serta adik Allahyarham yang dikenali sebagai Nur.

Tragedi Hawk: Keluarga Mohd Fareez bersyukur anak terselamat
Menurut Omar, selepas dimaklumkan, beliau bersama ahli keluarga dari Selangor bergegas ke Pulau Pinang dan tiba sekitar jam 8 pagi tadi.