Nelayan tempatan menemukan satu mayat wanita yang tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pengarah APMM Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata mayat wanita berbaju merah dan berseluar hitam itu ditemukan kira-kira 9.25 pagi.
"Mayat itu ditemukan di kedudukan lapan batu nautika barat daya Pulau Mengalum dan 13 batu nautika timur laut daripada tempat bot karam serta 20 batu nautika barat laut Pulau Tiga," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Adam berkata mayat terbabit telah diserahkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dihantar ke lokasi dan kini dalam perjalanan ke jeti Pasukan Polis Marin.
"Pasukan itu dijangka tiba di jeti pada 12.30 tengah hari dan mayat akan dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat," katanya.
Adam berkata identiti mayat akan disahkan selepas itu bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan tragedi bot katamaran yang karam Sabtu lalu ataupun tidak.
Mengulas lanjut, beliau berkata penemuan mayat itu turut dijadikan petunjuk bagi pasukan SAR untuk mencari mangsa bot karam yang masih hilang di perairan berkenaan.
"Sehubungan itu, saya sudah menghubungi persatuan nelayan bagi membantu dalam operasi ini dengan memasang pukat tunda di kawasan sekitar lapan batu nautika dari Pulau Mengalum," katanya.
Mengenai operasi SAR yang masuk hari kelapan hari ini, Adam berkata usaha mencari enam mangsa yang masih hilang dilakukan di kawasan seluas 1,900 batu nautika persegi.
Pencarian membabitkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei Darussalam itu melibatkan 16 aset masing-masing empat kapal, tujuh bot dan lima pesawat udara.
Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, 56 km di barat laut Kota Kinabalu.
Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
Operasi SAR masuk hari kelapan hari ini. - Foto APMM
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.
Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.