awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Kemensah Heights: Ada pembinaan memasuki rizab sungai - Tuan Ibrahim

Fareez Azman
Fareez Azman
19/09/2021
10:25 MYT
Tragedi Kemensah Heights: Ada pembinaan memasuki rizab sungai - Tuan Ibrahim
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) mengadakan tinjauan di kawasan tragedi tanah runtuh di Kemensah Heights pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan terdapat penambahan bangunan di kawasan runtuhan di Jalan Kemensah Heights di sini, yang berlaku Jumaat lalu.
Menurut beliau, pemerhatian mendapati, struktur binaan telah memasuki kawasan rizab sungai sebelum kejadian berlaku.
"Kalau kita tengok ada kawasan tidak sepatutnya dibina (bangunan) masih dalam rizab sungai, sepatutnya tiada binaan.
"Tetapi apabila ada pembesaran tanah atau tambahan bangunan kecil-kecilan, ia melibatkan rizab sungai,” kata beliau dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan di kawasan tanah runtuh Kemensah Heights di sini pada Ahad.
BACA: 19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh - Bomba
BACA: Tragedi Kemensah Heights: Pembinaan tambahan tidak ikut garis panduan - Takiyuddin
BACA: Tragedi Kemensah Heights: Penduduk harap bantuan setimpal segera disalurkan
Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata, apabila terdapat keperluan melakukan kerja-kerja pembaikan, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan berhadapan dengn masalah dan terpaksa berbincang dengan pemilik kediaman.
Justeru, beliau meminta agar penduduk berhampiran sungai tidak melakukan sebarang penambahan ataupun pembinaan struktur dalam kawasan rizab sungai.
"Sebab itu kita minta rizab sungai tidak diganggu… kalau berlaku apa-apa terpaksa kita ambil tindakan," tegas beliau lagi.
Terdahulu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan terdapat pelanggaran garis panduan di kawasan runtuhan.
Berdasarkan siasatan awal, Takiyuddin berkata, terdapat perlanggaran garis panduan bangunan terutama di lereng bukit di kawasan lokasi tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights.
Bahkan, kata Takiyuddin, pemerhatian pihak berwajib juga mengenal pasti ada juga pemilik kediaman melakukan penambahan struktur bangunan tanpa kelulusan.
Pada Jumaat malam, seramai 28 keluarga dan 19 buah kediaman terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights.
Ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang melakukan kajian bagi mengenal pasti kejadian tanah runtuh sementara mangsa-mangsa yang terjejas sudah dipindahkan di dewan orang ramai.
Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor turut menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Topic Berkaitan
#Tragedi Kemensah Heights
#rizab sungai
#struktur binaan
#Jabatan Pengaliran dan Saliran
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan