KUALA LUMPUR: Tragedi tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights tidak hanya mencetuskan kegusaran dalam kalangan penduduk Taman Kemensah Indah mengenai keselamatan mereka pada masa depan.
Sebaliknya, apa yang diharapkan oleh mereka ialah dapat berpindah segera ke kediaman sementara yang lebih selesa selain bantuan setimpal lain.
Harapan penduduk-penduduk di taman berkenaan itu disuarakan melalui wakil mereka yang juga Pengerusi Kemensah Residence Commitee, Mohd Fazil Abdullah.
Menurut beliau, penduduk sangat menghargai sumbangan awal wang tunai RM500 yang disalurkan oleh kerajaan negeri Selangor, namun, jumlah itu tidak memadai buat majoriti mereka yang mempunyai keluarga besar.
"Satu rumah sampai lapan hingga sembilan orang, jadi mereka terpaksa sewa rumah di kawasan lain. Jadi saya harap dapat ambil tahu tentang makanan, tempat tidur, urusan anak-anak mereka juga.
"Kehidupan penduduk yang terkesan berubah dalam tempoh tiga hari ni," kata Mohd Fazil kepada Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh pada Ahad.
BACA: Tragedi Kemensah Heights: "Saya tergamam lihat tanah di luar rumah runtuh" - Penduduk
BACA: Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor
BACA: Tanah runtuh Kemensah Heights: Mangsa, penduduk diminta bersedia kemungkinan lebih buruk
Justeru, beliau berharap pihak-pihak berkaitan dapat menghulurkan bantuan secukupnya agar meringankan beban penduduk di Taman Kemensah Indah.
Menceritakan detik-detik cemas pada Jumaat malam itu, Mohd Fazil berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada salah seorang jirannya memaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh itu.
Nekad untuk mengetahui apa yang berlaku, beliau bersama salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Kemensah Residence Commitee pergi melihat sendiri kawasan kejadian.
"Saya terus bergegas datang ke tempat ini (lokasi kejadian), saya tengok sudah ramai penduduk keluar dari rumah. Saya bersama salah seorang AJK terus ke belakang rumah.
"Saya turun tengok air sudah melimpah… dalam gelap saya nampak sebelah sana (kawasan lereng bukit) ada sebuah rumah sudah runtuh.
"Saya bergegas masuk ke belakang rumah itu, saya masuk rumah dan periksa, rupanya separuh struktur bangunan itu sudah jatuh," kata Mohd Fazil berkongsi cerita.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kemensah Heights pada Jumaat malam menjejaskan 19 buah rumah.
Kesemua 28 keluarga di penempatan itu telah diarahkan mengosongkan kediaman dan dipindahkan ke dewan orang ramai berhampiran.
Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor menghulurkan bantuan awal dalam membantu keluarga yang terjejas.
Fareez Azman
Sun Sep 19 2021
Menurut Mohd Fazil Abdullah, penduduk di Taman Kemensah Indah bukan hanya gusar mengenai keselamatan mereka pada masa depan, tetapi juga harap dapat berpindah segera ke kediaman sementara yang lebih selesa selain bantuan setimpal lain.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tragedi Kemensah Heights: Ada pembinaan memasuki rizab sungai - Tuan Ibrahim
Siasatan awal mendapati, struktur binaan telah memasuki kawasan rizab sungai sebelum kejadian berlaku.
Tragedi Kemensah Heights: RM10 juta untuk kestabilan jangka panjang Sungai Kemensah - Tuan Ibrahim
Projek itu termasuk pembesaran kawasan sungai bagi mengelak kejadian tanah runtuh berlaku di masa depan.
Tragedi Kemensah Heights: Penduduk harap bantuan setimpal segera disalurkan
Apa yang diharapkan oleh penduduk ialah dapat berpindah segera ke kediaman sementara yang lebih selesa selain bantuan setimpal lain.
Tragedi Kemensah Heights: "Saya tergamam lihat tanah di luar rumah runtuh" - Penduduk
Seorang penduduk, Noor Atila Zolkefli kongsi cerita mencemaskan apabila ternampak tanah di luar dapur kediamannya runtuh.
Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor
Berikutan cuaca yang tidak menentu, pergerakan tanah di kawasan terjejas masih berlaku.
Tragedi Kemensah Heights: Pembinaan tambahan tidak ikut garis panduan - Takiyuddin
Siasatan awal mendapati terdapat perlanggaran garis panduan bangunan terutama di lereng bukit.
Tragedi Kemensah Heights: Laporan kajian JMG dikeluarkan Selasa - Takiyuddin
Ketika ini, kerja-kerja siasatan dan kajian tanah masih dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di lokasi kejadian.
Tragedi Kemensah Heights: RM1 juta diperlukan bina kepingan besi - Azmin Ali
Pembinaan kepingan besi adalah perlu kerana pergerakan tanah boleh mengakibatkan ketidakstabilan cerun.