"Saya harap yang terbaik agar ibu ditemui dalam keadaan selamat," demikian luahan hati anak kepada jemaah haji Malaysia, Rusiah Suar.
Rusiah, 56, yang ditemani rakannya mengerjakan ibadah haji, dilaporkan antara lapan jemaah Malaysia yang masih hilang dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam, Mekah pada Jumaat.
Nor Haizan Ahmad Badri, 34, berkata beliau hanya mengetahui mengenai keadaan ibunya yang masih gagal dikesan berikutan kejadian itu, selepas menerima panggilan daripada pihak Tabung Haji, petang semalam.
"Saya hanya mengetahui kejadian itu (kren tumbang) ketika menonton berita.
Saya kemudian menghubungi ibu untuk bertanyakan keadaannya, namun panggilan tidak berjawab.
"Saya terus menghubunginya tetapi masih juga tidak berjawab," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Gunung Besout 2, di sini, pada Sabtu.
BACA: Identiti 8 jemaah Malaysia dikenal pasti
FOTO: Tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah
Nor Haizan berkata sebelum ini, beliau menghubungi ibunya setiap hari dan mereka berbual seperti biasa.
"Kali terakhir kami berborak pada Khamis lepas. Sekarang, kami hanya menunggu panggilan daripada Tabung Haji untuk sebarang maklumat terkini," katanya.
Sementara itu, adiknya, Nor Baizura, 27, berkata, dia berharap agar ibunya akan ditemukan semula dalam keadaan selamat.
"Rasa sedih sebab tidak tahu keadaannya dan berdoa agar semuanya selamat.
"Semua adik beradik sudah diberitahu dan kami akan berkumpul di rumah kakak di Kuala Selangor, sebelum ke ibu pejabat Tabung Haji untuk mendapatkan perkembangan terkini," katanya.
Bernama
Sat Sep 12 2015
Lapan jemaah Malaysia dilaporkan masih hilang dalam insiden kren tumbang di Masijidilharam pada Jumaat. - Gambar Fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.
Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu
Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.
Kecuaian kontraktor punca kren tumbang atas landasan kereta api - Anthony Loke
Kecuaian kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan antara antara Rawang dan Kuang pada 12 Disember lalu.
Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.
Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB
Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren tumbang, sedang giat dijalankan.
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
17 terbunuh dihempap kren di tapak pembinaan
Insiden berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.
Kren kontena tumbang dilanggar kapal kargo, pekerja pelabuhan cedera
Rakaman menunjukkan kren yang tumbang itu menghentam kren lain serta timbunan kontena yang terletak berdekatan.
Insiden kren gantri SUKE: Rasuk konkrit boleh jatuh jika mangsa tersepit dikeluarkan
Pihak penyelamat boleh mengangkat kren gantri tersebut untuk mengeluarkan mangsa, namun enam beam kemungkinan akan jatuh.