awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kren Masjidilharam: Keluarga taruh harapan agar Munah ditemui selamat

Bernama
Bernama
12/09/2015
13:35 MYT
Tragedi kren Masjidilharam: Keluarga taruh harapan agar Munah ditemui selamat
Munah merupakan antara tiga jemaah haji dari Kelantan yang dilaporkan hilang ketika kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, pada Jumaat. - Gambar fail
Anggota keluarga Munah Jusoh, 73, yang dilaporkan hilang selepas kejadian kren tumbang di perkarangan Masjidilharam, Mekah masih menaruh harapan, agar warga emas itu selamat dan ditemui dalam tempoh terdekat.
Cucunya, Rosnita Abdul Rashid, 29, berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa neneknya itu selepas dihubungi oleh datuknya, Che Muda Che Tahir, 76, kira-kira pukul 2 pagi tadi.
"Datuk cakap kali terakhir jumpa nenek sebelum nenek ke Masjidilharam untuk menunaikan solat Asar bersama tiga lagi rakan perempuannya dengan menaiki teksi kerana hotel terletak kira-kira satu kilometer dari masjid.
"Ketika kejadian itu, datuk pula tidak ke masjid dan masih menginap di hotel yang disediakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Bukit Kechik, Cherang Ruku, di sini, hari ini.
Munah merupakan antara tiga jemaah haji dari Kelantan yang dilaporkan hilang ketika kejadian kren tumbang di kawasan Masjidil Haram, semalam.
Dua lagi jemaah yang berasal dari Kelantan adalah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah dan Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai.
Rosnita berkata beliau turut menerima pengesahan berhubung kehilangan neneknya itu daripada petugas Tabung Haji pagi tadi.
Beliau berkata kedua-dua datuk dan neneknya berangkat ke Makkah pada Rabu lepas.
"Walaupun nenek telah berumur, namun beliau masih lagi kuat dan tidak mempunyai sakit kronik serta masih mampu menoreh getah untuk menampung perbelanjaan harian," katanya.
Topic Berkaitan
#Haji
#jemaah
#kren tumbang
#masjidilharam
#Mekah
#Munah Jusoh
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan