KOTA KINABALU: Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu, tragedi berdarah Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu masih memberi kesan kepada sektor ekonomi dan pelaburan di kawasan pantai timur negeri itu.
Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee berkata perkara itu dapat dilihat apabila pelabur khususnya daripada Jepun dan Korea Selatan tidak dibenarkan untuk memasuki beberapa kawasan termasuk di kawasan pantai timur Sabah berdasarkan nasihat perjalanan diberikan.
Menceritakan pengalamannya menghadapi perkara itu, Yong yang juga Pengerusi Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah Sdn Bhd berkata beliau melihat sendiri pelabur dari Jepun dan Korea Selatan menunjukkan klasifikasi nasihat perjalanan kawasan pantai timur Sabah sebagai kawasan hitam.
"Saya sendiri sudah nyatakan kepada mereka kawasan itu selamat untuk pergi dan melabur tetapi mereka tetap tidak mahu pergi, mereka boleh pergi ke kawasan itu namun risiko ditanggung sendiri manakala perbelanjaan serta tuntutan insurans tidak ditanggung jika apa-apa terjadi.
"Kawasan pantai barat seperti Kota Kinabalu, mereka pergi. Maka kita melihat walaupun kejadian di Lahad Datu sudah lama berlalu, ia masih memberi kesan kepada ekonomi Sabah khususnya sektor ekonomi dan pelaburan," katanya kepada Bernama.
Pada Februari 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata pada ketika ini tahap keselamatan di Sabah dalam keadaan yang terkawal dan memuaskan terutama dengan kewujudkan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
"Tahap keselamatan di Sabah pada ketika ini terkawal kerana ESSCom telah memainkan peranan dengan berkesan, namun kita kena ingat pihak luar sentiasa akan mengkaji segala operasi dan tahap keselamatan kita.
"Kita tahu bahawa Sabah khususnya di kawasan pantai timur masih mendapat ancaman kemasukan anasir luar, pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam diadakan kerana kita lihat ESSCom tidak mampu mengawal keselamatan pada waktu itu kerana kekangan aset dan sebagainya," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan memandang serius usaha untuk memperkuatkan ESSCom sehingga tidak perlu lagi melaksanakan perintah berkurung.
"Saya selalu mencadangkan agar aset, keanggotaan dan peruntukan ESSCom di pertingkat sehingga satu tahap apabila aset dan keangotaan boleh beroperasi siang dan malam dengan berkesan tanpa adanya perintah berkurung.
"Perintah berkurung sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas dan kemungkinan satu masa nanti ia tidak akan lagi berkesan," katanya.
Sementara itu, ADUN Kunak Norazlinah Arif turut mengutarakan pendapat yang sama dengan menggesa pihak kerajaan untuk segera menaik taraf sistem keselamatan di Sabah khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) bagi memastikan sektor ekonomi negeri itu tumbuh dengan pesat.
"Kerajaan sudah membelanjakan banyak duit untuk melawan tuntutan yang dibuat oleh pihak yang mendakwa waris Sulu dan adalah lebih baik sekiranya duit itu dibelanjakan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Sabah sehingga satu tahap yang boleh meyakinkan rakyat dan pelabur luar," katanya.
Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata walaupun keselamatan di Sabah tidak terancam kerana adanya ESSCom, kemasukan pendatang tanpa izin masih berlarutan dan tidak menemui jalan penyelesaian.
Pandikar Amin yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kebanjiran pendatang tanpa izin itu sekiranya dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan ancaman keselamatan apabila ada dalam kalangan mereka merupakan pengganas yang menyusup masuk ke negeri ini sepertimana kes berlaku sebelum ini.
"Kebanjiran ini perlu suatu jalan penyelesaian yang serius dengan kerjasama semua pihak. Jika dibiarkan jumlah itu akan bertambah kerana mereka akan beranak pinak di sini, malah jika tidak diusir mereka beranggapan bahawa Sabah ini milik mereka, yang akhirnya askar pengganas Sulu ini menuntut (Sabah).
"Kerajaan perlu mencari langkah untuk selesaikan masalah ini, antaranya beri mereka sesuatu dokumen untuk mengetahui keberadaan mereka dan pantau ketat serapan mereka dalam tenaga kerja di negeri ini supaya mereka tidak menjadi ancaman keselamatan ke atas Sabah nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Ketika ini tahap keselamatan di Sabah dalam keadaan yang terkawal dan memuaskan terutama dengan kewujudkan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom). - Gambar fail
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
PRN Sabah: Mohamaddin digesa mohon maaf kepada waris anggota keselamatan yang terkorban
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia gesa calon Warisan, Mohamaddin Ketapi memohon maaf kepada waris anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi Tanduo pada Mac 2013.