awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi lemas Tok Bali: Selepas sehari, mayat adik Khaizuran akhirnya ditemui nelayan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
17/02/2018
04:00 MYT
Tragedi lemas Tok Bali: Selepas sehari, mayat adik Khaizuran akhirnya ditemui nelayan
Mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5 tahun yang masih lengkap berpakaian ditemui terapung di sekitar perairan pantai berkenaan oleh nelayan tempatan sekitar jam 9.45 pagi tadi. - Foto fail JBPM
Mayat terakhir mangsa lemas di Pantai Tok Bali semalam ditemui pagi tadi.
Mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5 tahun yang masih lengkap berpakaian ditemui terapung di sekitar perairan pantai berkenaan oleh nelayan tempatan sekitar jam 9.45 pagi tadi.
Menurut Jurucakap Wilayah Maritim Timur, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 10, Tok Bali, mayat berkenaan didaratkan di Jeti APMM Tok Bali pagi tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis.
BACA: Empat lemas ketika bercuti di Pantai Tok Bali
"Mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian itu dibawa ke jeti Tok Bali serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Bot Maritim PENYELAMAT 7 telah ditamatkan pada 10.30 pagi dan juga agensi-agensi seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam yang turut serta dalam operasi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam lima mangsa ditelan ombak ketika bermain di tepi pantai berkenaan sekitar jam 10 pagi.
Mangsa terdiri dari, Yazul Bahari Yaacob, 46 tahun dan anaknya, Yasmin Nor Aliza, 10 tahun dan adiknya, Yuzrina Yaacob, 38 tahun dan seorang saudara, Zulfika Suhaimi, 10 tahun serta adiknya Khaizuran Waliyuddin Suhami, 5, tahun yang ditemui hari ini.
Kesemua mereka merupakan sebahagian dari empat keluarga yang mengadakan hari keluarga di sebuah resort di pantai berkenaan sejak khamis.
Jenazah empat ahli keluarga yang ditemui semalam sudah pun dituntut keluarga malam tadi dan di bawa pulang ke Tanah Merah untuk dikebumikan.
Manakala mayat Khaizuran di bawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebentar tadi.
Topic Berkaitan
#anak
#APMM
#Bali
#berita Malaysia
#bomba
#hilang
#Kanak-kanak
#Kelantan
#lemas
#Malaysia
#mangsa
#mayat
#nelayan
#operasi
#polis
#Semenyih
#Tok Bali
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan