Waris kepada keluarga yang terlibat dalam tragedi Lenggong berkata mereka menyerahkan kesemua siasatan kepada pihak berkuasa untuk mengetahui punca sebenar insiden berkenaan.
Namun, Muhd Hafiz Ismail, 27, abang kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan itu berkata, perbualannya dengan beberapa saksi memberi bayangan bahawa lori muatan ikan tersebut dipandu dengan laju.
Katanya, perbualan bersama saksi yang membantu memayungkan jenazah adik-adiknya juga memberitahu bahawa pemandu lori berusia 24 tahun itu memandu lorinya dalam kelajuan tinggi.
BACA: "Lori 'sapu' semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan" - Saksi
"Itu saja saya nak tahu, mengapa brek gagal berfungsi dalam insiden berkenaan, saya nak tahu kebenaran. Tapi semuanya saya serahkan kepada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada petang Isnin di Hospital Taiping.
Ketika ditemui, Muhd Hafiz yang kelihatan letih itu berkata, seisi keluarganya sempat bermalam di rumahnya di Baling, Kedah sebelum bertolak dalam perjalanan mereka.
Beliau yang bertugas sebagai inspektor kesihatan di Pejabat Kesihatan Baling berkata, dia berasa hairan apabila mendapat berita mengenai kemalangan yang meragut tiga nyawa adiknya serta menyebabkan ayahnya kritikal.
"Saya hairan, kenapa mereka di Lenggong, selepas itu baru saya dapat tahu ayah berpatah balik di R&R Peroh, kerana ingin mencari durian yang diinginkan adik kembar saya.
"Itulah kali terakhir saya berbual dengan adik kembar dan saya tidak sangka perjalanan mengambil Ain Hafizah dari Sungai Petani untuk bercuti bersama keluarga akan berakhir begini," katanya sebak.
'AYAH KRITIKAL, HARAPAN TIPIS'
Sewaktu ditemui, Muhd Hafiz baru sahaja diberitahu bahawa ayahnya, Ismail Yaacob, 53, kini berada dalam keadaan kritikal dan doktor memberitahu bahawa harapan ayahnya untuk hidup adalah amat tipis.
"Doktor beritahu, ada pilihan untuk pembedahan namun pendarahan dalaman di otak ayah adalah amat teruk, jadi saya tak sanggup untuk tahu ayah tidak akan hidup secara normal selepas ini.
"Saya dah buat keputusan, sekiranya tiada sebarang perkembangan, saya redha ayah pergi dan temankan adik-adik saya, sebab saya tahu yang baring di atas tilam wad itu bukan lagi ayah, tetapi hanya mesin yang membantu untuk terus bernafas," katanya lagi.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi Ahad, sebuah lori muatan ikan merempuh sekurang-kurangnya tiga kenderaan lain berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong.
Menurut laporan, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa mengesahkan pemandu lori itu telah dipanggil bagi siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA: Tragedi Lenggong: "Tunggu Mama di syurga..."
BACA: 'Tak sempat peluk, cium kali terakhir'
BACA: Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban
BACA: Tiga maut dirempuh lori ikan
Nazialita Geynna Maharan
Mon Dec 11 2017
Lori muatan ikan yang terbalik selepas merempuh tiga kenderaan lain berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong pada Ahad pagi. - Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Tragedi Lenggong: Pemandu lori ikan direman tiga hari
Pemandu berusia 24 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini.