awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Mekah: Anak-anak sudah jangka ibu antara mangsa yang terkorban

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
14/09/2015
13:08 MYT
Tragedi Mekah: Anak-anak sudah jangka ibu antara mangsa yang terkorban
Noor Farehah (kiri) dan Kamarol Idzham pasrah dengan ketentuan Ilahi. - Foto Astro AWANI
Apabila mendengar berita rakan sebilik ibu antara mangsa tragedi kren tumbang di Masjidilharam Jumaat lalu, anak-anak Allahyarham Zainun Taha sudah menjangkakan ibu mereka juga antara yang terkorban.
Bagi Noor Farehah, 35, dan Kamarol Idzham Abu Bakar, 44, mereka pasrah dengan ketentuan Ilahi, namun lega kerana akhirnya mendapat jawapan selepas menunggu selama dua hari.
Noor Farehah berkata mereka dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai berita tersebut pada jam 2.40 pagi Isnin.
“Di sidang media kedua, Tabung Haji ada menyebut nama tiga mangsa yang terlibat, dan salah seorangnya adalah rakan sebilik ibu kami, jadi kami dapat rasakan ibu kami juga antara yang terkorban.
“Kami dah bersedia dan bila dimaklumkan mengenai berita itu pagi tadi, kami redha dengan suratan yang telah tertulis. Namun begitu, kami berpuas hati akhirnya mendapat berita selepas menanti selama dua hari.
"Tindakan seterusnya adalah menyempurnakan jenazah ibu kami di sana,” beritahu Noor Farehah ketika ditemui di kediaman keluarga di Bukit Antarabangsa, Ampang, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dilapor menyatakan kesediaan kerajaan negeri menanggung perbelanjaan dua anak Allahyarham ke tanah suci Mekah bagi menyempurnakan jenazah ibu mereka dan seterusnya mengerjakan fardu haji di sana.
Mereka dijangka berangkat ke Mekah sebelum 19 September iaitu penerbangan terakhir bagi menunaikan haji yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air Tabung Haji, Adi Azuan Abdul Ghani ketika ditemui selepas melawat keluarga Allahyarham Zainun berkata pihak Tabung Haji belum lagi menerima maklumat mengenai perkara berkenaan.
Jenazah Allahyarham Zainun, 69, dari Maktab 90 Al-Wafideen telah dikenal pasti oleh adik iparnya yang mengalami kecederaan dalam tragedi tersebut.
Allahyarham yang merupakan ibu tunggal meninggalkan empat anak dan 11 cucu.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#kren
#Makkah
#masjidilharam
#runtuh
#tragedi
#tumbang
#Zainun Taha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan