awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Mekah: Kerajaan akan beri bantuan segera kepada jemaah yang cedera - Najib

Bernama
Bernama
11/09/2015
20:02 MYT
Tragedi Mekah: Kerajaan akan beri bantuan segera kepada jemaah yang cedera - Najib
Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidil Haram. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Makkah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya difahamkan setakat ini 65 orang terkorban di Mekah. Al-Fatihah. Ada beberapa jemaah Malaysia cedera, bantuan akan diberi secepat mungkin," katanya dalam Twitternya pada pagi Sabtu.
Sy difahamkan setakat ini 65 org terkorban di Mekah. Al-Fatihah. Ada bbrp jemaah Msia cedera, bantuan akn diberi secepat mungkin.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 11, 2015
Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 5 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.
Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, angka korban terbaru insiden itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 87 manakala 184 yang lain cedera.
Topic Berkaitan
#Haji
#jemaah
#Makkah
#Masjidil Haram
#Mecca
#Mekah
#Najib Razak
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan