awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sungai Kim-Kim: Kerajaan Johor buat rayuan mahu hukuman setimpal

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2023
08:08 MYT
Tragedi Sungai Kim-Kim: Kerajaan Johor buat rayuan mahu hukuman setimpal
Insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 itu telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup. -Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan membuat rayuan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung hukuman pelaku insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menggemparkan pada 2019.
Exco Perumahan dan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perkara itu penting bagi penilaian semula hukuman denda yang dikenakan kepada pesalah tragedi yang menjejaskan 2,000 orang dengan 947 menerima rawatan di hospital ketika itu.
"Mengulas isu denda yang dikenakan terhadap pelaku pencemaran Sungai Kim Kim, kerajaan akan membuat rayuan kepada DPP untuk melihat semula.
"Sama ada dari segi denda yang dikenakan, dengan apa yang kerajaan belanja dan apa kesan kepada masyarakat sekitar adakah berbaloi atau tidak berbaloi.
"Dalam kita menjaga alam sekitar khas sungai untuk generasi akan datang sepatutnya penguatkuasaan yang keras dilaksanakan kerajaan," katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Kota Iskandar di sini, pada Ahad.
Pada 30 November lalu, seorang pemandu lori dilaporkan didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan memaklumkan N Maridass didapati telah melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke sungai itu.
JAS memaklumkan syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000.
Insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 itu telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta mengakibatkan 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail (HSI).
Menurut Mohd Jafni yang juga Pengerusi Bersama Taskforce Sungai Johor berkata, Sungai Kim Kim antara 14 sungai tercemar di Johor. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pencemaran sungai kim kim
#Mohd Jafni Md Shukor
#Jabatan Alam Sekitar
#P Tech Resources Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan