awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Pertahanan Belanda mohon maaf atas serangan udara maut 2015 di Iraq
Indonesia usul tambahan 21,000 polis hutan tingkatkan pengawasan hutan
MOSTI lancar dua dokumen strategik utama pacu pembangunan ekonomi bernilai tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sungai Korok: JHEAIK pantau kubur enam beranak

Bernama
Bernama
10/07/2025
08:55 MYT
Tragedi Sungai Korok: JHEAIK pantau kubur enam beranak
Ramai orang dilihat singgah dan berdoa di pusara tersebut, mendorong pihak masjid dan pejabat agama bekerjasama dengan polis untuk mengawasi kawasan itu secara berterusan. - Gambar/ Sinar Harian
JERLUN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) akan memantau tanah perkuburan enam beranak yang maut dalam nahas di Sungai Korok pada Sabtu lepas bagi mengelak kemungkinan berlaku aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam.

Ringkasan AI
  • JHEAIK memantau tanah perkuburan enam beranak yang maut dalam nahas di Sungai Korok bagi mengelak sebarang aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam susulan aduan diterima mengenai kemungkinan berlaku perkara mencurigakan.
  • Setakat ini tiada aktiviti bercanggah dikesan, namun pemantauan akan diteruskan dan tindakan akan diambil jika terdapat amalan khurafat atau tidak selari dengan Islam.
  • Ramai orang dilihat singgah dan berdoa di pusara tersebut, mendorong pihak masjid dan pejabat agama bekerjasama dengan polis untuk mengawasi kawasan itu secara berterusan.

Pengarah JHEAIK Datuk Abd Ghani Zainuddin berkata walaupun tiada aktiviti yang bercanggah dengan Islam dikesan berlaku di perkuburan itu pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga.
"Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu telah menerima aduan kemungkinan berlaku perkara mencurigakan di tanah perkuburan tersebut.
"Kita telah menggerakkan anggota untuk membuat pemantauan dan setakat ini, belum ada keperluan untuk memasang sebarang tali penghadang di kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tindakan akan diambil jika didapati terdapat sebarang amalan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang perbuatan khurafat yang bercanggah dengan agama.
Sementara itu, Setiausaha Masjid At Taqwa Mhd Shukri Hassan berkata ramai yang dilihat singgah dan berdoa di pusara enam beranak itu di Tanah Perkuburan Islam masjid tersebut sejak Selasa lepas.
"Ada juga yang berhenti di luar tembok pagar masjid dan menadah tangan mendoakan kesemua arwah memandangkan pusara enam beranak ini terletak bersebelahan jalan kampung ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mhd Shukri berkata pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan melakukan perkara khurafat di pusara berkenaan.
"Kita sudah berhubung dengan pihak polis dan pejabat agama, jika ada sebarang perlakuan mencurigakan kita akan melaporkannya kepada pihak tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam kejadian Sabtu lepas, pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok di Kampung Kemboja dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tragedi Sungai Korok
#enam beranak maut
#kubur
#JHEAIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan