awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2023
05:20 MYT
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mayat mangsa dibawa naik ke darat oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis. -Foto Sinar Harian
KENINGAU: Salah seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas akhirnya ditemukan mayatnya di Sungai Pagalan di Kampung Linkudou di sini pada pagi Selasa.
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR), kedua-duanya berjaya menemui salah seorang mangsa.
"Selain pencarian secara menyusuri tebing sungai dengan berjalan kaki, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut melakukan pencarian dengan membuat selaman di sungai tersebut.
"Mangsa pertama berjaya ditemukan oleh pasukan bomba pada jam 11.36 pagi iaitu sejauh 1.7 kilometer dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi SAR mencari mangsa kedua diteruskan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.
Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, Azila dan Arlina dikatakan sedang bermain di tebing sungai tersebut.
Bagaimanapun, Arlina terjatuh ke dalam sungai dan Azila kemudian terjun bagi menyelamatkan adiknya namun kedua-duanya hilang dipercayai akibat dibawa arus. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sungai Pagalan
#kanak-kanak lemas
#Azila Jabar
#Kampung Linkudou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan