awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trak Mack Kerabat Diraja Johor kemalangan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
14/04/2023
05:05 MYT
Trak Mack Kerabat Diraja Johor kemalangan
Sebelum ini tular satu rakaman video pendek yang memaparkan trak Mack yang dipercayai milik Kerabat Diraja Johor terbabit kemalangan. - Gambar/ Media sosial
KULAI: Sebuah trak Mack milik Kerabat Diraja Johor terbabit kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian jam 6.50 petang itu, sebuah lori dan kereta turut mengalami kerosakan.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila tayar treler itu pecah secara tiba-tiba ketika ia sedang bergerak dari arah utara menghala ke selatan.
"Tiada kecederaan dilaporkan oleh kesemua mangsa termasuk pemandu treler Mack terbabit yang berusia 39 tahun.
"Kes diklasifikasikan dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya di sini, hari ini.
BACA: Sultan Johor kini pemilik trak 'Mack' termahal di dunia
Sebelum ini tular satu rakaman video pendek yang memaparkan trak Mack yang dipercayai milik Kerabat Diraja Johor terbabit kemalangan.
Topic Berkaitan
#Truck Mack
#Kerabat diraja Johor
#kemalangan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan