Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Kumpulan Kad Nasional memberi jaminan kepada orang ramai bahawa transaksi tanpa kebenaran menggunakan mesin terminal bayaran (POS) mudah alih, tidak mungkin berlaku di Malaysia.
ABM mengulas video yang kini tular di platform media sosial menunjukkan seorang lelaki menggunakan terminal POS mudah alih melakukan transaksi tanpa kebenaran dengan menyentuh POS pada poket pemegang kad pembayaran tanpa sentuh.
Dalam kenyataan pada Khamis, ABM berkata insiden itu tidak berlaku di Malaysia, dan aktiviti penipuan itu tidak mungkin berlaku di sini kerana proses ketat pemilihan pedagang oleh bank dan institusi kewangan.
"Hanya perniagaan berdaftar (pedagang yang diluluskan), dan telah menjalani proses pemeriksaan pelanggan secara teliti oleh bank atau institusi kewangan, layak memohon kemudahan terminal POS," katanya.
ABM berkata semua urus niaga yang dibuat di terminal POS mesti diproses oleh bank atau institusi kewangan, dan urus niaga berkenaan boleh dikesan.
"Setiap transaksi untuk pembayaran tanpa sentuh juga mempunyai had yang ditetapkan oleh bank atau institusi kewangan, dengan urus niaga melebihi had mesti memperoleh kuasa menggunakan nombor pengenalan diri yang hanya diketahui oleh pemegang kad.
"Pemegang kad yang mahu mengurangkan had urus niaga atau mematikan fungsi tanpa sentuh, dinasihatkan menghubungi bank atau institusi kewangan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018

Setiap transaksi untuk pembayaran tanpa sentuh mempunyai had yang ditetapkan oleh bank atau institusi kewangan. - Gambar hiasan

Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak
Jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.

Institusi kewangan laksana langkah BNM perangi penipuan kewangan
Industri perbankan komited untuk mengambil pendekatan holistik ke arah menangani penipuan kewangan.

Zii Jia puji persekitaran latihan ABM, terbaik di Malaysia
Pemain badminton profesional utama negara Lee Zii Jia menganggap persekitaran dan kualiti latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, kekal yang terbaik di negara ini.

BAM buka pintu kepada pemain profesional berlatih di ABM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini membuka pintu kepada pemain profesional menjalani sesi latihan mingguan bersama pemain kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

Tang Jie tekad bentuk gandingan meyakinkan di samping Yap Ling
Yap Ling-Tang Jie akan mengharungi Terbuka Australia, bulan depan, sekali gus menjadi ujian pertama mereka.

BAM kaji keperluan pemain profesional sebelum benarkan berlatih di ABM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memperhalusi beberapa perkara terlebih dahulu sebelum 'membuka pintu' kepada pemain profesional berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

BAM bakal ubah struktur, pisahkan dengan ABM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal melangkah ke dimensi baharu menerusi pemisahan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM).

BAM sasar kekalkan keupayaan beraksi pemain remaja dengan kejohanan ranking dalaman
Kejohanan ranking dalaman remaja itu disasar untuk memberi motivasi kepada pemain muda supaya kekal berdaya saing.

Zii Jia kembali jalani latihan di ABM
Lee Zii Jia antara pemain yang kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, yang sebelum ini ditutup susulan penularan wabak COVID-19 dikesan di lokasi berkenaan.

COVID-19: Lapan lagi pemain positif di Akademi Badminton Malaysia
Lapan pemain pelapis badminton kebangsaan didapati positif COVID-19 selepas ujian saringan dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Selasa lepas.