NATIONAL
Transformasi digital penentu daya saing ASEAN di masa hadapan - Mohamad Hasan

Mohamad (tengah) berkata, kemajuan ini memberikan kesan yang besar terhadap hala tuju ASEAN sebagai sebuah rantau dan komuniti. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kemajuan pesat teknologi digital, khususnya dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum, menyebabkan negara anggota ASEAN tidak boleh sesekali ketinggalan untuk bersaing dengan negara-negara lain.
Ringkasan AI
- Kemajuan pesat dalam teknologi digital seperti AI dan pengkomputeran kuantum menuntut ASEAN untuk tidak ketinggalan agar kekal bersaing di peringkat global, menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi untuk memastikan daya saing dan keterangkuman digital serantau, dengan penekanan agar tiada pihak tercicir dalam transformasi ini.
- Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN turut menilai kemajuan dalam tiga tonggak utama ASEAN serta persiapan menuju visi -ASEAN 2045-, termasuk menyemak pelaksanaan keputusan sidang terdahulu dan kemajuan keahlian penuh Timor-Leste.
“Keupayaan kita untuk kekal bersatu, menyesuaikan diri dan inklusif dalam dunia digital akan menjadi kunci kepada daya saing ASEAN, serta kesinambungan dan kejayaan.
“Yang penting, kita mesti memastikan bahawa tiada siapa tercicir,” katanya.
Mohamad berkata demikian sewaktu ucapan pembukaan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.
Selain itu, Mohamad berkata, mesyuarat hari ini pada masa sama, menilai kemajuan yang dicapai oleh ASEAN merentasi tiga tonggak utama melibatkan Politik-Keselamatan, ekonomi dan sosio budaya.
“Ini penting memandangkan kita semakin menghampiri penghujung visi “ASEAN 2025: Menyahut Masa Depan Bersama” dan bergerak ke hadapan menuju masa depan menerusi “ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita”.
“Selain itu, sebagai persediaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 esok, hari ini kita juga akan menyemak pelaksanaan keputusan dan komitmen yang telah dibuat oleh pemimpin semasa Sidang Kemuncak terdahulu di Vientiane, Laos,” katanya.
Katanya, mesyuarat juga menilai kemajuan dicapai oleh Timor-Leste dalam usaha Malaysia mempercepatkan keahlian penuhnya dalam ASEAN.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami