Sambutan hari Wilayah 2017 pada 1 Feb tahun ini kekal bertemakan 'Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera'.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam temu bual bersama Bernama berkongsi keazamannya untuk menjadikan warga di tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sentiasa ceria dan dapat menangani masalah yang menghimpit mereka.
Bagi Tengku Adnan, "Kami nak warga kota kita ini ceria kerana kami sedar sekiranya rakyat tidak ceria, ia akan membawa pelbagai masalah".
Berikut temu bual Bernama bersama Tengku Adnan baru-baru ini:
BERNAMA: Masalah kos sara hidup antara cabaran yang dihadapi warga kota, apa antara inisiatif kementerian untuk membantu mengatasi masalah itu?
TENGKU ADNAN: Kami sedang melihat bagaimana kami dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh warga Wilayah Persekutuan khususnya berkaitan kos sara hidup.
Kami dalam perancangan untuk mengeluarkan 'Kad Ceria' bagi membantu masyarakat membeli barang keperluan dengan kadar diskaun.
Kami juga melaksanakan program menyusuri kawasan daif dengan menghulurkan bantuan di bawah program Wilayah Prihatin.
Selain itu kementerian juga memperkenalkan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dengan membina 50,000 rumah mampu milik di Kuala Lumpur, 20,000 di Putrajaya dan 10,000 di Labuan.
Ia dijual dengan harga amat berpatutan iaitu bawah RM300,000 dan ada juga rumah untuk golongan daif yang jual dengan harga RM42,000.
Di Putrajaya, kami ada bas Nadi Putra yang pengguna bayar hanya 50 sen untuk pergi ke mana-mana lokasi di Putrajaya, manakala di Kuala Lumpur kami ada bas 'GO KL' yang tawarkan perkhidmatan percuma.
Selain itu, bermula tahun ini, kami memberi perkhidmatan bas percuma ke sekolah bagi warga Projek Perumahan Rakyat atau Perumahan Awam, dalam membantu meringankan beban mereka.
Kesemua inisiatif ini diharap membantu mengurangkan beban warga kota, apa pun banyak lagi perancangan lain yang akan dilaksanakan.
BERNAMA: Antara cabaran warga kota ialah berkaitan kesesakan lalu lintas, bolehkah Datuk Seri terangkan perancangan kementerian menangani isu ini?
TENGKU ADNAN: Saya sedar bahawa antara cabaran warga kota adalah kesesakan lalu lintas disebabkan pembangunan pesat membangun.
Berilah sedikit waktu, saya yakin masalah ini akan terus berkurangan dalam tempoh lima tahun.
Kami juga sedang lihat kaedah mengurangkan bilangan kenderaan persendirian memasuki bandar, itulah hasrat saya.
BERNAMA: Datuk Seri, sejauh mana usaha untuk mencapai hasrat itu?
TENGKU ADNAN: Saya yakin kami mampu capai, sebab kami sedang laksanakan pelbagai insiatif ke arah itu, contohnya, memperkasakan sistem pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan dan Mass iaitu LRT dan MRT.
Di Putrajaya pula bermula Mac ini, kami akan laksanakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas elektrik.
BERNAMA: Di bawah inisiatif 'Greater KL/ Klang Valley', terdapat sasaran menjadikan Kuala Lumpur sebagai 20 bandar raya terbaik di dunia untuk menetap menjelang 2020, sejauh manakah usaha itu?
TENGKU ADNAN: Kami sedang tumpu ke arah mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dengan memperbanyakkan pembangunan hijau di dalam bandar, seperti menanam kira-kira 100,000 pokok menjelang 2020 dan projek mesra alam sekitar yang lain.
Semua inisiatif ini bertujuan memberi keselesaan kepada warga kota, program yang dilaksanakan itu adalah bagi memastikan persekitaran, pembangunan infrastruktur dan keselamatan yang baik sekali gus menarik lebih ramai penghuni di Kuala Lumpur.
Projek 'River of Life' misalnya, ia bagi menjadikan kawasan sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi kawasan pinggiran sungai yang berdaya maju dan memiliki nilai ekonomi tinggi.
Selain itu, menerusi inisiatif menjadikan Kuala Lumpur sebagai Green City, kami juga telah mulakan program ini, antaranya menukar semua lampu jalan dengan 'LED' untuk menjimatkan kos dan mengurangkan kadar pelepasan gas karbon.
Selain itu, masalah pembuangan sisa kedai makan, dengan memasang alat 'Grease Trap' di semua kedai makan dalam mengurangkan masalah pencemaran sungai, sekali gus kita akan mencapai sasaran 'Green City' yang membentuk sebuah bandar metropolitan yang mesra alam.
BERNAMA: Apakah visi jangka panjang bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan?
TENGKU ADNAN: Bagi Kuala Lumpur, visinya menjadi sebuah ibu kota yang maju, dan mampu beri persaingan kepada ibu kota ternama dunia seperti New York, London dan Paris. Malah Kuala Lumpur sekarang tersenarai sebagai Top 10 Most Visited Cities in the World, jadi kami harap kita boleh jadi Top 5 pada masa akan datang.
Bagi Putrajaya pula, ia perlu dikekalkan sebagai pusat pentadbiran negara, sekali gus berfungsi sebagai nadi dalam mengeratkan hubungan antara rakyat dan kerajaan.
Bagi Labuan, saya merancang untuk membangunkan pulau itu sebagai hab pelancongan dan pendidikan.
Di sebalik perancangan membangunkan ketiga-tiga wilayah ini, visi utama adalah menyemat semangat cintakan Wilayah Persekutuan.
Warga Wilayah Persekutuan sebenarnya unik, penghuninya datang dari seluruh negara, apa pun yang penting kami nak semangat cintakan Wilayah Persekutuan itu tersemat di hati mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017

Bagi Kuala Lumpur, visinya menjadi sebuah ibu kota yang maju, dan mampu beri persaingan kepada ibu kota ternama dunia seperti New York, London dan Paris. - Gambar Bernama

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Peserta payung terjun maut terjatuh di bangunan kementerian di Putrajaya
Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.

4,000 sertai Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma
4,000 peserta termasuk penduduk di sekitar Kampung Bharu, di sini hadir memeriahkan program Fun Walk Jejak Warisan @ Pintasan Saloma

Agong kurnia Darjah Kebesaran kepada 188 individu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 188 penerima.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Masih ramai kurang faham penubuhan Wilayah Persekutuan
Di bawah seliaan KWP, pelbagai pembangunan dan kemodenan melibatkan infrustruktur dan prasarana dapat dinikmati warga Wilayah Persekutuan.

DBKL tawar kadar khas kompaun trafik bermula 1 Feb
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik serendah RM15 bermula 1 Feb hingga 3 Mac sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan nadi ekonomi negara - Azmin Ali
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya merupakan nadi yang menjana pertumbuhan negara ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kuala Lumpur: Dahulu dan kini
Bangsar pada awalnya dikenali dengan nama Bungsar Road. Ia merupakan gabungan nama dua peniaga, Edward Bunge dan Alfred Grisar yang membuka estet bernama Bunge-Grisar Rubber Estate.

Syafinaz bawa ibu ke Istana Negara saksi penganugerahan pingat
Mengakui bahawa ibu adalah tulang belakang sepanjang kerjayanya, penyanyi popular Datuk Syafinaz Selamat, 45, membawa ibunya ke Istana Negara bagi menyaksikan penganugerahan pingat

Syafinaz Selamat dikurnia gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong
Penyanyi kelahiran Johor, Syafinaz Selamat dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.