awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transgender: Jamil Khir saran pihak berkuasa agama negeri kemuka rayuan

Bernama
Bernama
09/11/2014
11:22 MYT
Transgender: Jamil Khir saran pihak berkuasa agama negeri kemuka rayuan
Jamil Khir hari ini menyarankan Pihak Berkuasa Agama Negeri membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung isu transgender. -Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyarankan Pihak Berkuasa Agama Negeri membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung isu transgender - lelaki Islam berpakaian seperti wanita.
Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Jamil Khir berkata, langkah itu (rayuan) bagi menjaga kepentingan agama Islam, selain ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
"Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Panel tiga hakim mahkamah tersebut memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan yang dikenali sebagai masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tiga lelaki Islam yang bekerja sebagai jurumekap pengantin iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.
Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan memohon untuk mencelah dalam prosiding ini dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan kelak.
Topic Berkaitan
#Islam
#Jaml Khir
#LGBT
#Mahkamah Rayuan
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan