awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian insentif, ganjaran untuk Angkatan Sukarela ATM bakal dilaksana
Labuan galak budaya kebersihan demi kehidupan bandar lestari
Stadium Hoki Seremban 2 dijangka naik taraf selepas Mei ini

Transmisi seksual kini punca utama jangkitan HIV di Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/08/2025
00:10 MYT
Transmisi seksual kini punca utama jangkitan HIV di Malaysia
Sepanjang tahun lalu, sebanyak 3,185 kes baharu HIV dilaporkan dengan kadar notifikasi 9.4 bagi setiap 100,000 penduduk. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Landskap jangkitan HIV di Malaysia kini menyaksikan perubahan ketara apabila penularan melalui hubungan seksual menjadi punca utama jangkitan, berbanding perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah seperti yang berlaku sebelum ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, data menunjukkan sepanjang tahun lalu, 96 peratus daripada keseluruhan jangkitan HIV baharu di negara ini berpunca daripada hubungan seksual dengan 64 peratus melibatkan hubungan sejenis (homoseksual dan biseksual) manakala 32 peratus lagi berlaku secara heteroseksual.
"Sepanjang tahun lalu, sebanyak 3,185 kes baharu HIV dilaporkan dengan kadar notifikasi 9.4 bagi setiap 100,000 penduduk.
"Daripada jumlah itu, majoritinya adalah dalam kalangan lelaki iaitu 90 peratus, berbanding wanita hanya 10 peratus,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) di Dewan Rakyat, di sini.
Kok Wai dalam soalannya meminta penjelasan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa jangkitan HIV di negara ini, termasuk pecahan jumlah pesakit mengikut kategori umur, jantina serta punca utama jangkitan.
Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, walaupun kadar jangkitan dalam kalangan wanita masih rendah, ia menunjukkan peningkatan berbanding era 1990-an di mana wanita hanya mewakili satu peratus daripada keseluruhan kes, manakala lelaki mencatatkan 99 peratus.
Tambah beliau, 75 peratus daripada kes HIV yang dilaporkan pada tahun lalu melibatkan golongan belia berumur antara 20 dan 39 tahun.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#HIV
#hubungan seksual
#hubungan sejenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.