Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB diarah supaya menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pelanggaran tren Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dengan Ekspres Rakyat pada Sabtu.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi memaklumkan, siasatan itu bagi mengetahui punca insiden itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan sistem berfungsi atau kecuaian manusia.
Ab Aziz percaya percaya insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana sistem berada dalam keadaan baik dan cuaca cerah.
"Kita sedang siasat mungin berlaku kecuaian manusia dan bagaimana kecuaian berlaku kerana ketika kejadian cuaca baik dan pemandu tren boleh melihat dengan baik. Kita berasa agak pelik dengan kejadian ini", katanya pada sidang media selepas sambutan Hari JPJ di sini, pada Ahad.
Jelas Ab Aziz, pemandu ETS terbabit digantung tugas sehingga siasatan selesai dan akan menjalani ujian saringan kesihatan bagi melengkapkan proses siasatan KTMB.
Laporan polis sudahpun dibuat bagi mengetahui kemungkinan terdapat unsur khianat atau sebaliknya.
Pada Sabtu, berlaku pelanggaran antara tren ETS dengan tren Ekspress Rakyat di kilometer 322 Kuala Kubu Bharu mengakibatkan tiga penumpang cedera.
Astro Awani
Sun May 08 2016
Ab Aziz percaya percaya insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana sistem berada dalam keadaan baik dan cuaca cerah. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
VEP mula pada penghujung April
Sistem tag Permit Kemasukan Kenderaan yang dikenakan terhadap kenderaan asing memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua, akan mula pada hujung bulan ini.
Kerajaan bakal tetapkan harga siling penerbangan domestik - Aziz Kaprawi
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menjalankan kajian tersebut bagi memastikan wujud situasi menang-menang antara pengguna dan syarikat penerbangan.
Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA2 adalah terendah di dunia.
Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Tiga rang undang-undang itu ialah RUU MyIPO (Pindaan) 2017, RUU MAVCOM (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017.
PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi
Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat
Pesalah trafik AWAS berdepan tindakan mahkamah - Aziz
Kegagalan pesalah trafik membayar saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dikeluarkan selepas bulan Mei 2017 akan berdepan tindakan mahkamah awal tahun depan.
MH370: Misi baru pencarian pesawat akan diteliti semula kerajaan
Malaysia sedang meneliti tawaran syarikat Ocean Infinity sebelum memulakan misi baru dalam mencari pesawat MH370.
Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi
Tiada keperluan untuk adakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Datuk Ab Aziz Kaprawi.
JBPM sedia bayaran kepada sebarang bantuan semasa kemalangan - KP Bomba
Kejadian pemandu kren yang didakwa enggan menghulurkan bantuan semasa nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong di Jempol baru-baru ini merupakan insiden pertama kali berlaku di negara ini.
Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.