awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tren kargo tergelincir, semua laluan perkhidmatan KTMB alami kelewatan

Israr Khalid
Israr Khalid
07/11/2016
10:51 MYT
Tren kargo tergelincir, semua laluan perkhidmatan KTMB alami kelewatan
Penumpang dinasihat untuk menggunakan pengangkutan alternatif dan beliau mewakili pihak KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. - Gambar fail
Sebuah gerabak tren kargo milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilaporkan tergelincir dari landasan sekitar jam 2.30 petang hari ini, menyebabkan semua laluan perkhidmatan tren itu tergendala.
Bagaimanapun menurut Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, ia merupakan gelinciran kecil dan gerabak itu sudah dikembalikan ke atas landasan.
Ketika ini kerja-kerja membaiki landasan sedang giat dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Pihak KTMB menjangkakan kelewatan teruk di semua laluan ekoran satu landasan sahaja yang boleh digunakan di antara stesen Kuala Lumpur dengan stesen Putra.
Sehubungan itu, penumpang dinasihat untuk menggunakan pengangkutan alternatif dan beliau mewakili pihak KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Pengguna juga boleh mengikuti laman sosial KTMB untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#gerabak tren tergelincir
#kelewatan perkhidmatan
#komuter
#KTMB
#landasan kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan