awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tren pertama RTS Link Johor Bahru-Singapura tiba di Woodlands untuk demonstrasi berjadual

Bernama
Bernama
05/02/2026
10:11 MYT
Tren pertama RTS Link Johor Bahru-Singapura tiba di Woodlands untuk demonstrasi berjadual
Menurut LTA, RTS Link kekal menepati jadual untuk memulakan operasi menjelang akhir 2026, ketika persiapan akhir diteruskan. - Facebook Land Transport Authority
SINGAPURA: Tren pertama Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura tiba di Stesen Woodlands North pada petang Rabu bagi demonstrasi tren yang dijadualkan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Agensi itu mengulangi bahawa RTS Link kekal menepati jadual untuk memulakan operasi menjelang akhir 2026, ketika persiapan akhir diteruskan.
"Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kami ke arah perjalanan rentas sempadan yang lancar! Pengguna boleh menantikan perjalanan pantas selama lima minit antara Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura," menurut LTA dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
Pada 15 Jan lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menegaskan bahawa pembinaan projek RTS Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura berjalan lancar dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual hujung tahun ini.
Beliau berkata kebanyakan pembinaan infrastruktur fizikal dilaporkan selesai dan telah memasuki fasa pemasangan sistem RTS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RTS Link
#Johor Bahru-Singapura
#tren
#sistem
#perkembangan projek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan