awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga berkenaan - Noraini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/11/2024
07:57 MYT
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga berkenaan - Noraini
Noraini berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi. - Foto/Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan trend 'childfree' atau tidak mahu mempunyai anak sebagai membimbangkan dan ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia.
Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
"Memang hal ini sangat membimbangkan dan ia secara tak langsung memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia.
"Walau bagaimanapun, kami di pihak kementerian percaya bahawa usaha segera perlu dilaksanakan untuk mengatasi peningkatan trend yang sangat membimbangkan ini.
"Sebab itu kerajaan menyediakan pelbagai persekitaran yang sihat dan kondusif untuk membantu pasangan berkahwin. Kita buat intervensi berjumpa dengan keluarga ini untuk membantu mereka memilih untuk memiliki anak berbanding 'childfree' atau tidak mempunyai anak," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) mengenai trend 'childfree' atau tidak mahu mempunyai anak mengambil kira cabaran kewangan dan sosial yang dihadapi orang ramai, serta usaha kementerian dalam mengatasi perkara tersebut.
Noraini berkata antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah dengan memperlahankan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) termasuk mengumumkan inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2025 sebagai sokongan kepada keluarga dalam bentuk penjagaan anak.
Ia termasuk, katanya meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak-anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat penjagaan kanak-kanak iaitu daripada RM2,400 kepada RM3,000.
"Selepas itu kerajaan juga memgumumkan untuk membina sebanyak 10 tabika dan taska dalam Belanjawan 2024. Komitmen kerajaan juga dalam menggalakkan wanita kembali bekerja selepas bersalin," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#noraini ahmad
#Trend childfree
#Kesuburan Malaysia
#keluarga
#pasangan tanpa anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan