KUALA LUMPUR: Kementerian Digital memaklumkan trend serangan siber di negara ini telah meningkat antara 2016 hingga 2022.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata trend itu seperti Penafian Perkhidmatan Tersebar (DDOS), Pencerobohan, Jangkitan Perisian Hasad, Penghosan Perisian Hasad dan 'Advanced Persistent Threat' (APT).
Menurutnya, sebanyak 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 2022, berbanding 5,575 pada 2021 dan 4,194 pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
"Penurunan ini mencerminkan keberkesanan langkah proaktif dilaksanakan bagi melindungi ruang siber kita.
"Justeru, langkah proaktif dilaksanakan perlu diperluas secara terselaras bagi memastikan tempoh pengesanan dan tindak balas terhadap insiden keselamatan siber dapat disingkatkan melalui proses sistematik, penggunaan teknologi bersesuaian dan modal insan berkepakaran tinggi," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Gobind berkata, serangan siber yang semakin berleluasa pada masa kini bukan sahaja mampu melumpuhkan perkhidmatan sesebuah organisasi dan menggugat ekonomi negara, malah turut mengancam keselamatan dan kedaulatan negara sekiranya langkah pencegahan yang sewajarnya tidak dilaksanakan.
Bagi memperkukuhkan keselamatan siber negara, Ahli Parlimen Damansara itu menambah kerajaan telah memutuskan supaya mekanisme dan sistem pengurusan keselamatan siber negara perlu diberi anjakan paradigma atau ditransformasikan.
Ujar beliau lagi, penggubalan RUU Keselamatan Siber 2024 memberi tumpuan kepada perlindungan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal negara.
"Melalui RUU Keselamatan Siber 2024 ini, aspek keselamatan siber bagi infrastruktur maklumat kritikal negara akan dapat dipertingkatkan melalui rangka kerja yang telah diwujudkan," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 27 2024
Gobind berkata sebanyak 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 2022, berbanding 5,575 pada 2021 dan 4,194 pada tahun sebelumnya - Foto/JaPen
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.