awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan hadir ke Persidangan ASEAN di KL - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2025
04:40 MYT
Trump akan hadir ke Persidangan ASEAN di KL - PM Anwar
Anwar berkata, pengesahan itu dibuat dalam perbualan telefon bersama Trump jam 6.50 pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, telah mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengesahkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober.
  • Jemputan rasmi kepada Trump disampaikan melalui Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang turut membincangkan kerjasama dalam pelaburan digital, kecerdasan buatan, pertahanan, pendidikan dan isu serantau seperti Palestin, Ukraine dan Myanmar.
  • Anwar menegaskan hubungan erat dengan Amerika Syarikat penting bagi memperkukuh kestabilan dan kemakmuran rantau Indo-Pasifik.

Beliau berkata, pengesahan itu dibuat dalam perbualan telefon bersama Trump jam 6.50 pagi tadi.
Anwar berkata demikian semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Anwar dilapor menyampaikan jemputan rasmi kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober.
Jemputan itu disampaikan melalui Setiausaha Negara AS, Marco Rubio yang melakukan kunjungan hormat ke atas Anwar di Bangunan Parlimen pada 10 Julai lalu.
Dalam pertemuan selama 40 minit itu, mereka turut membincangkan kerjasama dalam bidang pelaburan digital, kecerdasan buatan (AI), pertahanan dan pendidikan, serta isu serantau seperti Palestin, Ukraine dan Myanmar.
Anwar menegaskan bahawa hubungan erat dengan AS adalah penting dalam memperkukuh kestabilan dan kemakmuran rantau Indo-Pasifik.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan