TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd tidak lama lagi akan mengumumkan proses permintaan untuk cadangan (RFP), menjemput 'penyataan minat' bagi peranan pemaju induk Bandar Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi kedua-dua TRX City dan Bandar Malaysia, dan akan mengetuai pasukan yang bertanggungjawab secara keseluruhan bagi projek ini, selain menjana pendapatan bagi baki aset hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Selain itu, dalam usaha untuk memastikan negara dan rakyat mendapat manfaat sebanyak mungkin, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemilikan 100 peratus Bandar Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata penamatan perjanjian sebelum ini dengan IWH CREC Sdn Bhd adalah muktamad.
"Proses pemilihan untuk pemaju induk akan melibatkan kriteria yang ketat, termasuk prestasi yang telah terbukti, kemampuan menyiapkan projek, rekaan kandungan, dan keupayaan kewangan untuk menyiapkan projek sebesar ini. Kita akan memastikan tawaran yang mempunyai nilai tertinggi diperolehi," katanya.
Najib berkata kriteria yang ketat itu penting berikutan Bandar Malaysia menjadi kunci untuk membentuk Kuala Lumpur sebagai antara ibukota utama dunia, memacu transformasi negara Malaysia ke hadapan.
"Sebagai tapak pembangunan terbesar di Malaysia, yang mempunyai kedudukan strategik utama di ibu negara, ia akan menjadi sebuah pusat bandar baharu bagi Kuala Lumpur dan komuniti baharu yang berkualiti sebagai tempat tinggal orang muda dan keluarga, pusat baharu yang berkembang maju bagi perniagaan kecil dan besar, serta destinasi menarik bagi semua, termasuk pelancong, untuk menikmati kesenian, kebudayaan dan segala yang Malaysia tawarkan," katanya.
Beliau berkata bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kerajaan mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.
"Kita ingin mewujudkan pembangunan ikonik untuk memacu pertumbuhan pelancongan. Kita juga ingin membina nukleus pengangkutan untuk Malaysia, dengan Bandar Malaysia sebagai pusat utama bagi Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura, laluan Mass Rapid Transit (MRT), KTM Komuter, Airport Express Rail Link dan 12 lebuh raya," kata Najib.
Beliau menjelaskan berdasarkan kepada kepentingan projek ini, penting bagi Bandar Malaysia mempunyai kepimpinan, rakan kongsi dan struktur pemilikan yang tepat bagi memastikan potensi penuhnya dapat direalisasikan, untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
"Saya yakin di bawah kepimpinan Irwan, prospek dan pembangunan Bandar Malaysia akan terus diperkukuhkan," katanya.
Perdana Menteri juga berkata dengan perkembangan ini, kerja-kerja Jawatankuasa Budiman, yang ditubuhkan pada 2015 untuk menyelia program rasionalisasi 1MDB , ditamatkan.
Pada 3 Mei, TRX City mengumumkan perjanjian penjualan saham IWH CREC yang melibatkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
IWH CREC merupakan 60:40 usaha sama antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd.
Semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini, Najib berkata konglomerat multinasional China, Wanda Group dan kerajaan Malaysia telah membincangkan mengenai kemungkinan perbadanan itu menjadi pemaju induk projek mega Bandar Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas menemui pemilik Wanda Groups dan hartawan terkemuka China, Wang Jianlin.
Najib percaya Wanda Group mampu untuk mewujudkan Bandar Malaysia dan bersedia untuk membincangkan kemungkinan membangunkan Bandar Malaysia dengan konglomerat itu.
"Kami tidak membincangkan butiran terperinci atau perjanjian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
PM NAJIB: Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemilikan 100 peratus Bandar Malaysia. -Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Penamatan HSR hanya isu sementara bagi sektor pembinaan
"Tanpa HSR, fiskal kerajaan akan menjadi kurang terhad, menyediakan peruntukan yang lebih tinggi untuk projek berimpak tinggi yang lain."
TH jawab tuduhan 'berbaur politik' berhubung pembelian tanah TRX
Lembaga Tabung Haji menjawab tuduhan berbaur politik tentang pembelian tanah di TRX. TH kata pembelian tanah di TRX akan memberi pulangan baik kepada TH dan pendepositnya
TRX dan Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB - Arul Kanda
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mahu kejayaan 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya.
Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu
Pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd, berkata menerusi RFP, MoF akan menetapkan kriteria dan syarat baharu kepada syarikat yang akan terlibat.
Perjanjian jualan saham Bandar Malaysia kepada IWH CREC terbatal
60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd, kini terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
1MDB tiada hutang bank, hutang jangka pendek - Kementerian Kewangan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini, kata Kementerian Kewangan hari ini.
Sukuk Bandar Malaysia pelaburan terjamin - Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelaskan bahawa pelaburannya dalam Terbitan Sukuk Bandar Malaysia pada Februari 2014 dibuat kerana ia adalah pelaburan terjamin.