awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan

Bernama
Bernama
30/10/2023
23:00 MYT
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
Fatimah (kiri) dan Iskandar (dua, kiri) bertemu para peniaga di Pasar Malam Bintulu dan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan orang ramai pada kempen PRK N67 DUN Jepak di Bintulu, 30 Okt 2023. -- fotoBERNAMA
BINTULU: Sebuah Tempat Transit Gelandangan (TTG) sedang dibina berdekatan Jambatan Sungai Sebiew di sini dan dijangka siap hujung tahun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
"Mengikut jadual yang telah dirancang, hujung tahun depan (siap pembinaan), insya-Allah dah boleh digunakan," katanya kepada pemberita selepas mengiringi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak malam tadi.
Beliau berkata gelandangan merupakan antara isu sosial yang agak ketara di kawasan DUN itu dan kementeriannya sememangnya sudah merancang pembinaan TTG berikutan pembangunan yang pesat di situ.
TTG pertama di Sarawak, katanya diwujudkan di Sibu pada 2021 dan berjaya menjadi tempat untuk membimbing sejumlah gelandangan bagi memulakan kehidupan yang lebih baik.
Fatimah yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata masalah gelandangan juga satu daripada isu sosial yang dibangkitkan penduduk di DUN Jepak.
Menurut Fatimah, kementeriannya akan mempertingkatkan khidmat bantuan bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan bantuan sosial yang disediakan kerajaan supaya tiada golongan terpinggir di negeri itu.
PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Iskandar, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fatimah Abdullah
#TTG Bintulu
#gelandangan
#PRK DUN Jepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan