awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM lakukan penerbangan ihsan untuk dua bayi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/01/2021
15:37 MYT
TUDM lakukan penerbangan ihsan untuk dua bayi
TUDM melakukan penerbangan ihsan untuk membawa dua bayi lelaki dari Kota Kinabalu untuk menjalani pembedahan jantung di IJN.
KUALA LUMPUR:Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan untuk membawa dua bayi lelaki yang mengalami masalah jantung dari Kota Kinabalu Sabah ke Pangkalan Udara Subang untuk menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Kedua-dua bayi itu Mohammad Zayan Hafeez Abdullah berusia tiga bulan tiga minggu mengalami masalah jantung ‘Mixed Total Anomalous Pulmonary Vanous Drainage (Unobstructed) dan Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin, baharu berusia satu bulan menghadapi masalah ‘Clinical Down Syndrome’ sebelum ini menerima rawatan daripada Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu Sabah.
Menurut kenyataan TUDM, mereka diterbangkan menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.
Pesawat yang berlepas pada pukul 7.04 malam dari Kota Kinabalu itu tiba di Pangkalan Udara Subang pada pukul 9.41 malam Selasa.
Kata kenyataan itu, pesawat diterbangkan oleh Leftenan Kolonel Nazlan Shah Zainal dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor TUDM.
Turut bersama-sama mereka adalah dua lagi ‘Loadmaster’, Flait Sarjan Udara Norfadley Saad serta Sarjan Udara Nazmil Hafis Mohamad Nayan bersama dua orang ‘Technician’ Koperal Udara Mohd Yazid Sapeei dan Kpl U Muhammad Haziq Shaharuzaman.
"Selain mereka, turut mengiringi kumpulan itu adalah ibu kedua-dua bayi berkenaan berserta seorang pegawai perubatan dan dua jururawat," kata kenyataan itu di sini, pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, penerbangan ihsan ini dilaksanakan oleh TUDM bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan segera tertakluk kepada kriteria-kriteria tertentu terutama nasihat daripada pegawai perubatan.
Tambahnya, ia memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial serta sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya pada masa yang diperlukan.
"Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kedua-dua bayi berkenaan dapat menerima rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan.
"Semoga usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dengan kerjasama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga bayi berkenaan," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#TUDM
#penerbangan ihsan
#dua bayi
#masalah jantung
#Pangkalan Udara Subang
#Institut Jantung Negara
#pembedahan jantung
#IJN
#Mohammad Zayan Hafeez Abdullah
#Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan