Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan khabar angin yang tular mendakwa pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Kemaman, Terengganu, Khamis lepas, diketahui bermasalah.
Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini berkata pesawat itu telah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan dua hari sebelum kejadian nahas tersebut.
"TUDM tidak akan berkompromi tentang keselamatan dan 'airworthiness' (layak terbang) pesawat serta sentiasa menekankan tahap tertinggi dalam penyelenggaraan pesawat di bawah kawalan TUDM," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, TUDM telah menemui beberapa serpihan pesawat Hawk 108 termasuk kedua-dua kerusi anjal dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai.
Katanya, operasi mencari serpihan pesawat selebihnya akan diteruskan dalam usaha TUDM untuk melengkapkan siasatan bagi menentukan punca kejadian.
Kenyataan itu turut menyebut, pasukan TUDM mengalami kesukaran dalam operasi terbabit berikutan keadaan muka bumi dan tanah yang lembut serta berpaya di tapak kejadian.
Bagaimanapun, TUDM telah mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi bagi melancarkan usaha pencarian dan pengumpulan serpihan termasuk Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Tragedi pesawat terhempas pada Khamis lepas mengorbankan dua juruterbang TUDM, Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.
Pesawat malang berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi hari tersebut dan terputus hubungan setengah jam kemudian sebelum mayat kedua-dua mangsa ditemui pada jam 2.30 petang di hutan paya kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017
TUDM telah menemui beberapa serpihan pesawat Hawk 108 termasuk kedua-dua kerusi anjal dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai. - Gambar hiasan
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
PRK Kemaman: "Gelanggang" dibuka esok
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman akan bermula esok dengan proses penamaan calon bakal berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, di Chukai.
Lelaki direman kes cabul dua anak saudara usia 4 dan 5 tahun
Seorang penganggur direman selama enam hari selepas disyaki mencabul dua anak saudaranya yang berusia empat dan lima tahun.
Sarjan polis wanita patah bahu dilanggar lelaki kejar ibu mentua
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Dato di Chukai, Kemaman, pada Ahad.
Remaja lembam lemas mandi sungai berhampiran rumah
Mayat Muhammad Ariff Danial Anuar, 13, yang juga pelajar Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang ditemui kira-kira jam 5.28 petang.
Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut kepala air
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima rakannya berusia 20-an mandi di kawasan sungai berkenaan sebelum arus deras secara tiba-tiba dari bahagian hulu sungai akibat hujan lebat.
Ingkar SOP: Edar sumbangan raya, Exco Terengganu dikompaun RM2,000
Hanafiah dikesan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP), yang melarang sebarang aktiviti ziarah raya, dengan melawat kediaman penduduk untuk menyerahkan sumbangan pada Khamis.
Lelaki mengamuk disuruh tidak merokok, ugut bakar stesen minyak di Chukai
Pengguna di sebuah stesen minyak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu gempar apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai mabuk bertindak cuba membakar stesen minyak.
Warga emas maut digilis treler
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan dalam perjalanan dari Chendor, Kuantan menuju ke bandar Chukai.
Masalah teknikal punca pesawat Hawk 108 terhempas
Masalah teknikal berkaitan rangka sawat disahkan sebagai punca pesawat jenis Hawk 108 M40-02 milik TUDM terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu sehingga mengorbankan dua juruterbangnya.
TUDM nafi tular dakwaan pesawat Hawk 108 bermasalah
Markas Tentera Udara dalam kenyataan hari ini berkata pesawat itu telah melalui proses penerbangan pemeriksaan pasca senggaraan dua hari sebelum kejadian nahas tersebut.