awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM secara rasmi terima pesawat terbaru A400M

Bernama
Bernama
22/03/2017
04:15 MYT
TUDM secara rasmi terima pesawat terbaru A400M
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis penyerahan pesawat Airbus A400M TUDM sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14 hari ini. - Foto BERNAMA
Pesawat tentera keempat dan terakhir Airbus A400M secara rasmi diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh syarikat Airbus hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima pesawat A400M itu daripada Ketua Pesawat Tentera, Airbus Defence and Space, Fernando Alonso dalam acara sampingan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA'17) di sini.
Turut hadir, Panglima TUDM Jen Datuk Seri Affendi Buang.
Menurut Affendi, pesawat A400M itu mampu memastikan TUDM berada pada kedudukan terbaik untuk bertindak dan menjalankan pelbagai operasi ketenteraan dan kemanusiaan di Malaysia dan rantau ASEAN.
"Kami sangat bangga untuk menerima pesawat keempat A400M yang dilengkapi kemampuan taktikal terkini," katanya.
Malaysia adalah negara pertama di luar Eropah yang menjadi pelanggan eksport A400M.
Pesawat pertama A400M TUDM diserahkan kepada Malaysia pada 2015 dan telah melakukan penerbangan lintas hormat khas sempena pembukaan LIMA'15.
LIMA'17, iaitu edisi ke-14 pameran itu sejak ia mula diadakan pada 1991, berlangsung dari 21 hingga 25 Mac ini.
Ia berjaya mengumpulkan 520 syarikat dari 35 negara yang mewakili lebih 55 peratus daripada 100 syarikat maritim dan udara terkemuka dunia.
Lebih daripada 300 delegasi pertahanan dan keselamatan hadir untuk LIMA'17 selain 55 kapal perang dan bot serta 106 pesawat yang dipamerkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airbus A400M
#Hishammuddin Tun Hussein
#pesawat tentera
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan