awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tugas tentera tidak akan cemerlang tanpa integriti

Haider Yutim
Haider Yutim
08/02/2013
14:55 MYT
Tugas tentera tidak akan cemerlang tanpa integriti
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata tugas anggota tentera mungkin tidak akan dilaksana dengan cemerlang jika tiada integriti.
Katanya integriti merupakan satu aspek yang penting yang perlu dihayati dan diperolehi oleh setiap warga ATM khususnya kepada pemimpin, pemerintah dan ketua.
“Sebagai sebuah institusi ketenteraan, ATM telah dipertanggungjawabkan untuk menentukan ketahanan kedaulatan integriti negara, di samping itu juga untuk melindungi kepentingan nasional Malaysia,” kata Zulkifeli dalam temubual Agenda Awani pada Jumaat.
Januari lalu, ATM telah melancarkan Pelan Integriti yang bertujuan mencegah serta membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan anggota serta warga pasukan itu.
Pelan yang turut dilancarkan bersama buku itu merupakan agenda ATM dalam membudayakan integriti ke arah memartabatkan profesionalisme, komitmen, kecemerlangan dan imej institusi ketenteraan yang berprestij di mata rakyat.
Sementara itu, Zulkifeli juga berkata pertahanan negara tidak boleh diletak atau ditanggung oleh ATM sahaja.
Ini kerana di bawah konsep pertahanan menyeluruh semua rakyat adalah bertanggungjawab untuk menentukan ketahanan negara ini.
“Ia tidak untuk ATM sahaja yang bertanggungjawab, jadi kita perlukan sokongan dan dokongan daripada seluruh masyarakat Malaysia.
“Dan di atas dasar itu lah usaha kita ingin merakyatkan ATM ini kita ingin mendampingi rakyat supaya rakyat lebih mengenali kita,” kata beliau.
Tambah beliau rancangan dasar itu termasuklah menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama dengan ATM.
Kata Zulkifeli, rakyat boleh menjadi anggota sukarela melalui pasukan wataniyah meskipun tidak menjadi anggota tetap.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#integriti
#Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan