Ancaman pengganas Kiram terhadap negara ini masih wujud meskipun ketuanya Jamalul Kiram III meninggal dunia semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Berdasarkan maklumat perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat tujuh individu yang sedang berebut untuk mengetuai kumpulan pengganas yang dikatakan mewarisi 'Kesultanan Sulu' berkenaan, katanya.
Meskipun nama ketujuh-tujuh individu itu tidak didedahkannya, namun PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk berada pada kedudukan bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan, katanya.
"Daripada kematian Jamalul, kita tidak boleh menganggap pencerobohan pengganas Kiram akan tamat, tambahan terdapat tujuh individu yang merasakan mereka berkelayakan mengambil alih 'Kesultanan Sulu' ini.
"PDRM dan ATM akan memantau dengan dekat kerana apa yang berlaku pada Jamalul Kiram bukan tindakan peribadi beliau semata-mata tetapi yang kita khuatiri ada 'tangan ghaib' yang ada di belakangnya menyebabkan kumpulan pengganas berkenaan memasuki negara kita melalui Lahad Datu, Sabah," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan, Jamalul Kiram meninggal dunia di sebuah hospital di Manila, Filipina, kerana masalah organ.
Ahmad Zahid berkata pihak keselamatan negara tidak boleh terlalu selesa memikirkan selepas kematian Jamalul tidak akan berlaku sebarang tindakan oleh mereka yang akan mengambil alih tempatnya.
Februari lalu, pasukan keselamatan Malaysia melancarkan Operasi Daulat untuk menghapuskan pengganas berkenaan selepas rundingan selama sebulan untuk menggesa mereka berundur gagal.
Dalam operasi itu, 10 anggota keselamatan negara maut manakala 68 anggota pengganas ditembak mati, 173 ditahan dan beberapa lagi pengganas Kiram melarikan diri.
Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan berkaitan penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada penerbitan akhbar mingguan Katolik 'The Herald' sahaja.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Okt lepas apabila membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.
Bernama
Mon Oct 21 2013
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
Jamalul Kiram tawar Shafie jadi Ketua Menteri Sabah? - Rizal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat jenaka apabila menyifatkan pernah menerima tawaran menjadi Ketua Menteri Sabah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina
Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan.
Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu.
Bungkusan disyaki bahan letupan gemparkan penduduk Lahad Datu
Penemuan sebuah kotak tertulis 'barang kiriman daripada bapa Jamalul Kiram kepada Mat Bom' menggemparkan di Lahad Datu.
Dua balu kenang peristiwa berdarah Simunul
Laporan khas bersempena ulang tahun pertama peristiwa pencerobohan di Lahat Datu.
'Sultan Sulu' meninggal dunia papa kedana
Menurut laporan, Jamalul Kiram III bergantung hidup kepada ihsan derma rakan-rakan keluarga dan bantuan daripada Pejabat Loteri Kebajikan Filipina.
Tujuh individu berebut ganti Jamalul Kiram III - Zahid
Menurut risikan PDRM terdapat tujuh individu yang sedang berebut untuk mengetuai kumpulan pengganas yang dikatakan mewarisi 'Kesultanan Sulu' berkenaan.