awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh jambatan baharu akan dibuka menjelang akhir tahun ini - Uggah

Bernama
Bernama
27/03/2025
20:30 MYT
Tujuh jambatan baharu akan dibuka menjelang akhir tahun ini - Uggah
Sebanyak tujuh projek jambatan di Sarawak dijangka siap dan dibuka untuk kegunaan orang ramai menjelang akhir tahun ini, kata Douglas Uggah Embas. - Gambar fail/Astro AWANI
KUCHING: Sebanyak tujuh projek jambatan di Sarawak dijangka siap dan dibuka untuk kegunaan orang ramai menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata, jambatan terbabit ialah Batang Lupar 1, Batang Saribas 1, Batang Limbang, Batang Lingga, Batang Igan, Batang Sebauh dan Sejingkat.
"Setakat tahun ini, kita telah membuka empat jambatan termasuk Jambatan Bintulu-Jepak yang ikonik baru-baru ini, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Marudi dan hari ini, Jambatan Batang Rajang," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Pada Khamis, Uggah menghadiri majlis prapelancaran Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4 kilometer di Sarikei.
Projek itu, yang menelan kos sebanyak RM321 juta, turut membabitkan pembinaan Jalan Long Pasi/Tanjung Manis/Sibu sepanjang 17 kilometer.
Jambatan dan jalan itu akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Tanjung Manis ke Sibu kepada kira-kira sejam berbanding dua jam 30 minit menggunakan jalan lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan baharu
#Sarawak
#dibuka
#Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan