awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh kedai di medan selera terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2025
06:47 MYT
Tujuh kedai di medan selera terbakar
Api marak di medan selera separuh kekal di Restoran Jeng Kuan, awal pagi tadi. - Sinar Harian
BATU PAHAT: Sebanyak tujuh lot kedai di medan selera separuh kekal di Restoran Jeng Kuan di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abdul Ghafar Mahadi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.02 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
“Jarak lokasi kejadian kira-kira tiga kilometer dari balai, dan jentera pertama tiba dalam tempoh empat minit. “Setibanya pasukan di lokasi, kebakaran melibatkan enam hingga tujuh gerai makan dalam kawasan seluas kira-kira 2.78 x 7.43 x 0.92 meter persegi sudah marak,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan dengan bantuan 21 anggota menggunakan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit Perkhidmatan Penyelamatan, Perawatan Kecemasan (EMRS).
Sebanyak dua aliran hos sepanjang 60 meter digunakan dari pili bomba berhampiran bagi memadamkan api sepenuhnya.
“Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.39 pagi.
“Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan, namun dianggarkan 60 peratus kawasan terbabit musnah dalam kebakaran ini.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan,” katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lot kedai terbakar
#Batu Pahat
#Balai Bomba dan Penyelamat
#panggilan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan