awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh kereta terbakar angkara khianat

Bernama
Bernama
13/01/2013
09:14 MYT
Tujuh kereta terbakar angkara khianat
Tujuh kereta yang diletakkan di tingkat tiga parkir Flat Taman Jade, Bukit Gambir di Butterworth, hangus dalam kebakaran dipercayai perbuatan khianat awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kejadian pada pukul 5 pagi itu memusnahkan kereta jenis Honda City, Proton Satria dan dua Perodua Myvi sementara tiga lagi kereta jenis Proton Waja, Proton Iswara serta Proton Wira mengalami kerosakan kecil.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari kereta Honda City kerana terdapat kesan simbahan bahan bakar ke atas badan kenderaan itu," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Bukit Gambir
#hangus
#kebakaran
#kereta
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan